Connect with us

Terkini

[VIDEO] Redah Banjir Hantar Pesanan Pelanggan

Perkhidmatan penghantar makanan seakan sudah menjadi satu trend di Malaysia mahupun luar negara. Malah, ianya sering menjadi pilihan orang ramai kerana mudah dan menjimatkan masa.

Tetapi kali ini lain pula ceritanya selepas viral satu video di media sosial memperlihatkan seorang lelaki dipercayai telah meredah banjir untuk menghantar makanan kepada pelanggannya.



Berdasarkan video pendek berdurasi 0:15 saat memaparkan keadaan di sebuah kawasan dipercayai di Indonesia sedang dilanda banjir.

Tetapi apa yang lebih mengejutkan selepas melihat sosok tubuh seorang lelaki meredah banjir sambil memegang sebungkus beg plastik dan telefon bimbit di tangan.

Advertisement

Kelihatan juga lelaki tersebut sesekali memandang telefonnya seakan sedang mencari lokasi sebuah rumah.

Menurut sumber, lelaki tersebut dipercayai merupakan seorang penghantar makanan dan dia sedang mencari rumah untuk menghantar makanan yang dipesan oleh pelanggannya.

Meskipun paras air banjir tinggi hingga ke dada tetapi ianya langsung tidak menghalang lelaki daripada menjalankan tanggungjawabnya.

Walaupun begitu, perkongsian video itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya menganggap bahawa pelanggan tersebut tidak sepatutunya berbuat sedemikian kerana ianya akan membahayakan keselamatan si penghantar makanan itu.

Tidak kurang juga ada yang menganggap penghantar makanan itu terpaksa menerima pesanan tersebut kerana mahu menambahkan pendapatannya.

Advertisement


Sumber: Antitesis101

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel