Connect with us

Terkini

Lelaki Sedang Berjoging Dakwa Diliwat Bergilir-gilir 8 Kali

PETALING JAYA, 22 Feb – Seorang lelaki berusia 20 tahun yang pelayan restoran di sebuah pusat beli-belah di sini mendakwa telah diliwat secara bergilir-gilir dalam satu kejadian pada Sabtu baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kejadian dilaporkan berlaku ketika mangsa tersebut sedang berjoging bersendirian di kawasan berhampiran rumahnya dan berjumpa dengan dua individu (suspek).



“Pada awalnya, kedua-dua suspek memanggil mangsa dan bertanya pelbagai soalan.

“Kemudian, secara tiba-tiba suspek menarik tangan mangsa dan mengarahkan mangsa membonceng motosikal salah seorang suspek, lalu dibawa ke rumah suspek di kawasan Sungai Kayu Ara. Mangsa cuba melawan tetapi gagal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Difahamkan pada awal pengakuan, mangsa mengaku telah diliwat secara bergilir-gilir dengan kedua-dua suspek berkenaan sebanyak lapan kali, selain turut dipaksa melakukan seks oral.

Selesai ‘urusan’ itu, mangsa dihantar pulang oleh suspek ke kawasan berhampiran rumahnya dan kini sedang menjalani pemeriksaan lanjutan di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Dalam pada itu, berdasarkan risikan maklumat kejadian, dua lelaki tempatan telah ditangkap pihak polis dalam satu tangkapan di kawasan Kampung Sungai Kayu Ara kira-kira pukul 11 malam tadi.

“Semakan lampau mendapati suspek yang berusia 36 tahun mempunyai dua rekod dalam kes jenayah, manakala seorang lagi suspek tidak mempunyai sebarang rekod.

“Kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 377C, 377A dan 354 Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan.

Advertisement

“Jika disabit kesalahan, boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebh 20 tahun serta sebatan,” katanya lagi.

 

Sumber: Polis Daerah Petaling Jaya

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel