Connect with us

Terkini

‘Jenazah Ayah Tiba Di Sekolah’

Tular rakaman video seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang menatap wajah arwah ayahnya buat kali terakhir sebelum menduduki peperiksaan Sejarah kertas dua hari ini mengundang sebak dan meruntun hati netizen.

Muhamad Haikal Iskandar, calon SPM dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Beluru Kuala Kangsar dilihat menangis menatap jenazah bapanya yang tiba di pekarangan dewan peperiksaan sebelum menduduki SPM.

Situasi itu dikongsi pengguna Facebook Badariah Mohd. Mohaidin yang juga kaunselor sekolah terbabit yang kemudian dikongsi pengguna Facebook lain.



“Menghampiri pukul 10 pagi untuk peperiksaan Sejarah K2. Van jenazah singgah ke sekolah. Seorang ayah yang sudah tidak bernyawa dibawa berjumpa anak buat kali terakhir.

Advertisement

“Semoga Allah memberikan kekuatan kepada Muhammad Haikal Iskandar untuk menjawab SPM (SMK Simpang Beluru),” kongsi Badariah dalam hantarannya.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel