Connect with us

Terkini

Budak 4 Tahun Maut Kerana Tertelan Paku Tekan

Seorang kanak-kanak berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia setelah tertelan paku tekan.

Menurut Mirror.co, ibu mangsa, Ayla Rutherford, yang sedih dengan perkara itu menggambarkan semula bagaimana dia memeluk anaknya, Axel, ketika saat-saat kematian tersebut.

Dia mengatakan bahawa dia berada di dalam bilik mandi pada ketika itu dan mendengar ahli keluarganya menjerit.



Setelah itu, dia keluar dan melihat suaminya, Josh, sedang melakukan Heimlich Manuver (pertolongan kecemasan untuk membantu orang yang tersedak) pada anak mereka.

Advertisement

Usaha mereka itu menemui kegagalan apabila kanak-kanak itu tidak sedarkan diri.

Mangsa telah dikejarkan ke hospital dan doktor mendapati bahawa dia tidak tersedak tetapi telah tertelan paku tekan, ia telah menembus paru-paru kirinya dan membuatkannya tidak dapat bernafas.

Setelah seminggu menggunakan alat sokongan hidup dan empat ujian kematian otak, kanak-kanak itu disahkan telah meninggal dunia.

Ibu bapa mangsa memperingatkan orang ramai untuk membuang sebarang paku tekan yang ada di rumah untuk menggelakkan anak-anak mengalami nasib yang sama seperti anak mereka.

Sumber: Mirror.co

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel