Connect with us

Mahkamah

Didakwa Sedang Bersembunyi, JAIS Gagal Kesan Muhammad Sajjad

Sebelum ini, pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengerahkan kira-kira 122 penguatkuasa untuk mencari usahawan kosmetik terkenal iaitu Nur Sajat selepas mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Ini kerana dia gagal menghadirkan diri ke perbicaraan semula tempoh hari berhubung isu didakwa memakai pakaian menyerupai wanita di dalam satu majlis keagamaan.

Terbaru, usahawan kosmetik itu didakwa bersembunyi bagi mengelakkan dirinya dicekup pihak berkuasa.



Memetik portal Kosmo, setakat jam 9.00 malam tadi, pihak penguat kuasa masih gagal mengesan keberadaan Nur Sajat.

Advertisement

Namun bagaimanapun, pihak berkuasa mempercayai usahawan itu telah bersembunyi sebaik sahaja waran tangkap dikeluarkan kepadanya.

“Dia hanya mengemukakan surat MC selama dua hari yang diperoleh daripada hospital kerajaan kepada Peguam Syarienya, Zuri Zabuddin Budiman menerusi aplikasi WhatApps. Sajat kemudiannya terus menghilangkan diri sehingga kini.”

Difahamkan, waran tersebut membolehkan penangkapan dilakukan seterusnya membawa Sajat ke mahkamah untuk sebutan semula kes yang ditetapkan mahkamah pada 1 Jun 2021.

Hakim Syarie Mohammad Khalid Shaee@Shaii turut menjawab soalan sama ada Sajat boleh dikenakan hukuman penjara sehingga kes sebutan semula? Namun bagaimanapun, keputusan tersebut adalah bergantung kepada pihak pendakwaan.

“Atas permohonan pendakwa boleh dipenjara kalau ada isu-isu yang munasabah.”

Advertisement

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sumber: Kosmo

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel