Connect with us

Terkini

(Video) ‘Saya Minta Maaf Bang’ – Dolah Posmen Minta Maaf, Kes Lastik Anjing Selesai

Baru-baru ini tular di media sosial video berdurasi 21 saat menunjukkan seorang lelaki dalam pakaian seragam Pos Malaysia melastik seekor anjing.

Kes tersebut telah menyebabkan kakitangan Pos Malaysia itu digantung kerja buat sementara waktu untuk siasatan dalaman .

Terbaru, menerusi perkongsian video di Instagram, Shahrol Shiro memaklumkan posmen dan pemilik anjing telah pun berdamai. Posmen yang dikenali dengan nama Dollah bersama beberapa orang telah bertemu mata memohon maaf di atas perbuatannya.

Shahrol Shiro (Raja Lawak) bersama dengan pasukannya, Aku Budak Kluang (ABK), sebelum itu mengambil inisiatif untuk bertemu sendiri dengan posmen berkenaan yang dikenali sebagai Dollah.

Advertisement



Berdasarkan video temubual awal, Dollah mengaku dia berada dalam keadaan stress pada hari kejadian. Tetapi dia tidak berniat untuk mencederakan anjing tersebut.

Bagi menjernihkan keadaan, Shahrol membawa Dollah bertemu dengan pemilik anjing, iaitu Siva dan Magesh yang menunjukkan kehadiran Dollah juga amat dinanti-nantikan kerana Siva enggan memanjangkan kes tersebut.

“I tak nak bawa kes ini lama-lama. Memang saya tahu kerja posmen ini (berdepan dengan cuaca) panas, hujan, memang tension, saya faham,” kata Siva.

“Saya memang mohon maaf sangat, saya pun… abang tahulah kerja pos, gaji bukan besar mana. Saya takut kehilangan pekerjaan ini. Saya minta maaf bang,” kata Dollah.

Shahrol juga berharap, isu di antara mereka telah selesai dan mengambil kira masing-masing sebagai penduduk Kluang untuk berbaik-baik dan tidak bergaduh sesama sendiri.

Advertisement

Sementara itu, isteri Siva, Magesh menasihatkan Dollah untuk mengambil peluang yang ada untuk berehat dan tidak terlalu memikirkan kecaman netizen di media sosial keran apa yang penting, isu di antara mereka telahpun selesai.

Di media sosial, netizen memuji kedua-dua pihak yang telah berdamai termasuk usaha Shahrol yang membawa mereka untuk bersemuka atas semangat cintakan perpaduan dan keharmonian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shahrol Azizie Azmi (@shahrol_shiro)

Sumber: Aku Budak Kluang, Shahrol Shiro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel