Connect with us

Terkini

[VIDEO] Gara-Gara Berang Kena Tegur, Wanita Sarung Seluar Dalam Jadi Pelitup Muka

CAPE TOWN, AFRIKA SELATAN – Seorang wanita yang berang ditegur kerana tidak memakai pelitup muka di sebuah pasar raya bertindak menggunakan seluar dalamnya sebagai ganti, lapor akhbar Daily Star, kelmarin.

Aksi spontan wanita itu dirakam oleh televisen litar tertutup pasar raya Pick n Pay di Afrika Selatan selepas dimaklumkan pekerja di situ bahawa tiada layanan akan diberikan kepadanya kerana tidak memakai pelitup muka.



Tindakan tersebut mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial dan mempertahankan tindakan tegas pekerja pasar raya berkenaan penggunaan pelitup muka.

“Duduk di rumah dan lakukan pembelian online jika anda tidak mahu memakai pelitup muka,” kata seorang pengguna Facebook.

Advertisement

“Ini sangat menjijikkan. Dia sepatutnya peka dengan peraturan yang sudah dikuat kuasakan di seluruh dunia,” komen seorang lagi.

Pada Disember tahun lalu, Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa menekankan bahawa perbuatan tidak memakai pelitup muka di tempat awam adalah satu kesalahan jenayah.

Mana-mana individu yang didapati bersalah melanggar arahan pemakaian pelitup muka boleh dikenakan hukuman tidak melebih enam bulan atau denda atau kedua-duanya sekali. – Agensi

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel