Connect with us

Terkini

KKMM Sedia Bantu JAIS Kesan, Mufti Nasihat Muhammad Sajjad Jangan Terlalu Menurut Perasaan ‘Bebal’ Sehingga Sanggup Murtad

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bersedia membantu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk mengesan Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman sekiranya diperlukan, demikian kata Timbalan Menterinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

“Kita sedia membantu untuk mengesan dia kerana dia mempermain dan mempersenda agama. Buat masa ini, biarlah pihak berkuasa agama dan polis cari dahulu dan jika ada apa-apa keperluan, kementerian ini akan sedia membantu,” katanya.



Jelas Zahidi, ia perlu kerana sikap yang ditonjolkan oleh lelaki itu yang mempersendakan agama, menyindir pihak berkuasa secara berterusan menimbulkan kemarahan orang ramai.

“KKMM bersedia untuk bekerjasama. Kita akan bantu kesan di mana dia berada. Saya kira polis juga ada kemampuan untuk lakukan ini (kesan). Tapi sekiranya perlu, kita akan membantu,” katanya.

Advertisement

Sementara itu, Mutfi Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor menasihatkan lelaki itu untuk segera bertaubat kerana tiada manusia yang terlepas dari melakukan dosa kecuali para Rasul.

“Islam merupakan agama yang selari dengan fitrah asal kejadian manusia yang mengkehendaki lelaki dan wanita mengikuti kelakuan, perwatakan termasuk berpakaian yang sesuai dan selaras dengan kejadian masing-masing.

“Sebarang penyimpangan daripada fitrah asal kejadian ini akan menyukarkan diri sendiri dan tidak akan membahagiakan pelakunya.

“Kembalilah kepada fitrah dirinya sebenar sebagai seorang lelaki bukan wanita atau khunsa dan bertaubatlah kepada Allah SWT sementara kesempatan masih ada, demi kesejahteraan hidup anda sendiri,” katanya.

Wan Salim juga menasihatkan agar tidak menurut perasaan ‘bebal’ sehingga sanggup murtad daripada agama Islam yang suci.

Advertisement

Sumber: Harian Metro, Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel