Connect with us

Terkini

Pembayaran i-Sinar Bagi Permohonan Sebelum 25 Februari Bermula Hari Ini

Putrajaya, 2 Mac – Pembayaran i-Sinar, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi permohonan sebelum 25 Februari akan bermula pada hari ini.

Menurut Bernama, memetik kenyataan KWSP, ia melibatkan permohonan yang masih menunggu keputusan dan berstatus tidak lulus sebelum pemansuhan kriterianya dilaksanakan pada bulan lalu.

“KWSP menghargai kesabaran ahli ketika proses ini sedang berjalan. Jika ahli mendapati status permohonan masih tiada sebarang perubahan, semakan boleh dibuat pada hari-hari berikutnya,” tulis kenyataan itu.


i-Sinar
Selain itu, permohonan baru berdasarkan pemansuhan kriteria akan mula dibuka pada 8 Mac 2021 kepada semua ahli berusia di bawah 55 tahun termasuk ahli KWSP bukan warganegara Malaysia. Bagaimanapun, ia tertakluk kepada baki di dalam Akaun 1 mereka.

Advertisement

Tambah kenyataan itu, permohonan tersebut akan mengambil masa lima hari bekerja untuk pemprosesan. Ahli juga boleh membuat pindaan pada butiran permohonan seperti jumlah dipohon, maklumat bank, alamat, nombor telefon dan mod bayaran melalui laman i-Sinar Online.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 atau www.kwsp.gov.my.i i-Sinar

Sumber: Bernama

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel