Connect with us

Terkini

Korea Utara Dilapor Arah Remaja Kantoi Tengok Video Lucah & Ahli Keluarganya Dibuang Daerah

Seorang remaja dan ahli keluarganya  dilapor  telah dihalau ke kawasan luar bandar selepas ‘kantoi’ menonton pornografi di rumahnya di Sinuiju, wilayah Pyongan, Korea Utara.

Menurut Daily NK, remaja itu menonton video pornografi pada lewat malam ketika ibu bapanya tiada di rumah dan ‘tertangkap’ semasa pemeriksaan mengejut oleh anggota pasukan keselamatan.



Hukuman yang dikenakan terhadap remaja itu dianggap cukup berat kerana keluarganya tidak cukup sumber kewangan untuk mencari tempat tinggal lain dan akan dipandang serong oleh masyarakat setempat.

Dalam pada itu, individu yang didapati bersalah menerbitkan, mengimport atau mengedarkan segala bahan pornografi dilaporkan boleh dijatuhkan hukuman seumur hidup sebagai correctional labor, atau bahkan hukuman mati, bergantung pada kuantiti bahan tersebut, lapor Daily NK.

Advertisement

Manakala individu yang ditahan memiliki bahan pornografi juga berdepan dengan hukuman correctional labour selama 5 hingga 15 tahun.

Negara itu juga dilaporkan mengawal ketat akses kepada sebarang bahan hiburan dari Korea Selatan termasuk filem dan muzik.

Sumber: Daily NK

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel