Tuesday, December 09, 2025

[VIDEO] ‘Beli Kereta Mampu, Bayar Tol RM3.50 Tak Mampu?’

March 3, 2021
1 min read

Setelah beberapa hari mendiamkan diri, nama Myvi kembali viral di media sosial dan kes kali ini melibatkan seorang pemandunya melakukan onar di plaza tol Mex Putrajaya.

Berdasarkan video dashcam berdurasi 31 saat itu, kes itu berlaku pada jam 2.33 petang 28 Februari yang lalu.

Difahamkan ketika saksi melalui tol tersebut, pemandu Myvi terbabit berada di belakangnya.

Sebaik saja saksi membuat bayaran tol, palang diangkat dan pemandu Myvi berkenaan segera mengekori kenderaan saksi dalam jarak yang sangat rapat semata-mata tidak mahu membayar tol berjumlah RM3.50.


Setelah berjaya melakukan taktik kotor itu, pemandu Myvi terbabit terus memecut laju dengan sangkaan perbuatannya tidak disedari oleh saksi.

Saksi kemudian memuat naik video tersebut di media sosial dan kini viral meluas sehingga ada netizen yang mengambil inisiatif untuk memeriksa status Myvi tersebut dan hasilnya mendapati pemiliknya mempunyai tujuh saman kesalahan lalu lintas yang berjumlah RM1,550.

Difahamkan, pihak Lebuhraya Mex telah mengambil maklum mengenai kejadian itu dan dipercayai akan mengambil tindakan terhadap pemandu Myvi terbabit.

Sumber: My Crime Watch

HANGAT MINGGU INI

Dua Remaja Ditahan Selepas Aksi Basikal Lajak Tular Di Media Sosial

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Polis menahan dua remaja lelaki selepas video

Perjuangan Khamil Bashah Berakhir, Penghidap Barah Darah Meninggal Dunia

SUNGAI BULOH — Perjuangan penghidap barah darah, Muhamad Khamil Bashah Abdul Samat,