Connect with us

Terkini

Suntikan Vaksin: “Semoga Tun Dr. Mahathir Diberikan Pelindungan Dan Kesihatan Yang Baik Dari Jangkitan Covid-19” – Tan Sri Dr. Noor Hisham

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dilaporkan telah menerima suntikan vaksin.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi satu perkongsian yang dikongsi oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah di akaun Facebook rasminya.

Menurutnya, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad telah menerima suntikan vaksin COVID-19 itu di Pusat Pemberian Vaksin(PPV) Kompleks Sukan Lada di Langkawi pada hari ini.



Beliau juga turut sempat mendoakan kesejahteraan bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 itu.

Advertisement

“Semoga Tun Dr. Mahathir diberikan pelindungan dan kesihatan yang baik dari jangkitan Covid-19. InshaAllah.”

Selain daripada itu juga, beliau turut mengingatkan kepada orang ramai agar berdaftar secara dalam talian di aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

“Sila berdaftar dalam talian di Mysejahtera untuk mendapatkan temujanji suntikan Covid-19 dengan secepat mungkin.”

Perkara yang sama turut dikongsikan oleh bekas perdana menteri itu dilaman Facebook rasminya.

“Hari ini saya ke Pusat Pemberian Vaksin Covid19 Daerah Langkawi untuk lihat perjalanan proses vaksinasi bagi Fasa 1.”

Advertisement

“Saya memilih untuk disuntik bersama kumpulan kedua ‘frontliners’ di sini. Kumpulan pertama frontliners di Langkawi sudah divaksin lebih awal.”

“Selain itu sebagai warga emas saya ingin mengajak bukan sahaja yang berumur seperti saya tetapi juga rakyat yang lebih muda untuk turut bersama divaksin apabila tiba giliran nanti. Usaha ini perlu kita sokong. Kita sebolehnya mahu lebih ramai diberi vaksin untuk membantu usaha mengekang pandemik Covid19. Alhamdulillah selepas suntikan saya tidak berasa apa-apa yang luarbiasa.”

“Saya ingin rakamkan ucapan berbanyak terima kasih kepada pihak Klinik Kesihatan Kuah, Hospital Langkawi dan para barisan hadapan yang bertungkus lumus dalam memastikan program vaksinasi berjalan lancar.”

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel