Connect with us

Terkini

9 Pengemis Langgar SOP, Tak Pakai Pelitup Muka Berdepan Kompaun RM10 Ribu

Bermula 11 Mac yang lalu, kadar kompaun yang dikenakan kepada mana-mana individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung, boleh dikenakan kompaun sehingga RM10,000.

Setelah empat hari pelaksanaan kadar baharu ini, dapat dilihat ramai yang telah dikompaun berikutan melanggar SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Walau bagaimanapun, apa yang menyedihkan apabila sembilan pengemis di Sabah, bakal berdepan dengan kompaun sebanyak RM10,000 kerana kegagalan patuh akan SOP ini.



Lapor Malaysia Free Today, sembilan wanita daripada komuniti Palauh yang berusia antara 17 hingga 41 tahun, telah ditahan ketika melakukan akitiviti mengemis tanpa memakai pelitup muka dan tidak menjaga penjarakan fizikal.

Advertisement

Jelas Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad, menerusi operasi pemantauan Covid-19 yang diadakan di dua lokasi yang berbeza, pihaknya turut menahan 25 kanak-kanak yang lain.

“Operasi tersebut dijalankan di kawasan lampu isyarat berdepan Kedai D.I.Y Bandar Lahad Datu dan di lampu isyarat Bandar Sri Perdan, Lahad Datu. Kedua-dua kawasan ini menjadi lokasi utama kegiatan mengemis dalam kalangan suku Palauh.”

Kes tersebut telah disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, sekiranya sabit kesalahan mereka boleh dikenakan denda atau boleh dipenjara selama enam bulan, atau kedua-duanya sekali.

“Kes turut disiasat mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah dalam kawasan tempatan jangkitan) (Kawalan Pergerakan Pemulihan) (No.3) 2021 atas kesalahan tidak memakai pelitup muka dan berkumpul tanpa penjarakan fizikal.”

Sumber: Malaysia Free Today

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel