Connect with us

Terkini

Penunggang Motosikal Maut Selepas Bertembung Dengan Trak Polis Bawa 29 Banduan

KOTA BHARU, 23 Mac (Bernama) — Seorang penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan sebuah trak polis yang membawa empat anggota polis dan 29 banduan di Kampung Demit, Kubang Kerian, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata dalam kejadian pada kira-kira 9 pagi itu, mangsa Muhammad Khalis Mifzal Mohd Kamal, 21, yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC telah merempuh sebuah kereta Proton Saga dan hilang kawalan sebelum terjatuh di atas jalan raya.



“Trak polis itu yang sedang dalam perjalanan dari Pengkalan Chepa ke pusat kuarantin COVID-19 di Batu Jong, Kuala Krai dari arah bertentangan tidak sempat mengelak sebelum menggilis sehingga menyebabkan mangsa terperosok di bawah trak,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, rentetan kejadian itu, motosikal mangsa diseret sejauh kira-kira 10 meter yang menyebabkan berlaku kebakaran pada trak polis.

Advertisement

Shafien berkata, kejadian itu juga menyebabkan trak terbabit terbakar hampir 80 peratus dan mengalami kemusnahan teruk di bahagian enjin.
“Bagaimanapun semua empat anggota polis dan 29 banduan sempat diselamatkan dan tidak mengalami kecederaan,” katanya menambah kesemuan tahanan telah dipindahkan ke sebuah trak lain yang turut berada di lokasi kejadian ketika itu.

Sehubungan itu, Shafien meminta saksi kejadian agar tampil untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, seorang saksi Zizah Yusoff, 51, berkata ketika kejadian, beliau yang sedang menguruskan pelanggan di kedai makannya melihat api di bawah trak polis selain turut mendengar bunyi letupan kecil.

“Kebetulan ketika itu, trak polis berkenaan berhenti di hadapan kedai dan saya terus memberitahu polis bahawa ada api di bawah kenderaan mereka. Anggota polis terus turun dan membawa keluar semua tahanan yang ada di dalam trak,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel