Connect with us

Terkini

Majlis Nikah Neelofa Didakwa Langgar SOP, Polis Buka Kertas Siasatan

Semalam telah berlangsungnya majlis pernikahan pengacara terkenal iaitu Noor Neelofa bersama Haris Ismail di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Pasangan itu telah sah menjadi pasangan suami isteri tepat jam 11:45 pagi dengan hanya sekali lafaz.

Majlis tersebut telah berlangsung dengan jayanya namun, ada pula sesuatu yang tidak kena.



Majlis berkenaan dikatakan telah melanggar SOP perkahwinan seperti mana disarankan pihak kerajaan sebelum ini.

Advertisement

Memetik laporan Harian Metro, setelah menerima aduan dan laporan ramai pihak, polis telah membuka kertas siasatan berhubung penganjuran majlis pernikahan itu. Pihak polis bagaimanapun akan memanggil penganjur majlis berkenaan bagi membantu siasatan berkaitan pematuhan SOP.

Menurut Ketua Polis Dang Wangi iaitu Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah memaklumkan kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) setelah menerima aduan apabila didapati kehadiran tetamu didakwa melanggar SOP.

“Susulan itu kita akan memanggil penganjur bagi membantu siasatan.”

Terdahulu terdapat beberapa keping gambar yang tular di media sosial dan menunjukkan bahawa terdapat perlanggaran SOP di dalam majlis tersebut.

Malah, netizen turut membandingkan gambar perkahwinan Neelofa dengan sebuah lagi perkahwinan yang telah diserbu polis kerana melanggar SOP.

Advertisement

Sumber: Harian Metro

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel