Connect with us

Terkini

Suami Tikam Sehingga Mati Lelaki Yang Merogol Isterinya Guna Pisau Dibawa Mangsa

Seorang lelaki berusia 21 tahun berasal dari Kabupaten Musirawas Sumatera Selatan, Indonesia, nekad membunuh seorang lelaki berusia 31 tahun dengan senjata tajam pada 28 Mac 2021.

Mnurut sumber, suspek membunuh mangsa kerana kesal dan berang ekoran mangsa telah memperkosa isterinya serta tidak pernah tampil memohon maaf.



Difahamkan, sebelum kejadian itu berlaku, mangsa dikatakan cuba melanggar suspek menggunakan motosikal tetapi suspek berjaya mengelak dan terus mengejar mangsa lalu berlaku pergelutan di antara mereka berdua.

Mangsa kemudian mengeluarkan pisau dari poketnya dan cuba menikam suspek. Tetapi pisau itu berjaya dirampas oleh suspek yang kemudian terus menikam mangsa sehingga terjatuh dan mengalami pendarahan teruk.

Advertisement

Orang awam yang menyaksikan kejadian itu segera datang dan membawa mangsa ke hospital untuk mendapat bantuan, tetapi malangnya mangsa disahkan telah meninggal dunia.

Suspek kini telah ditahan polis untuk membantu siasatan sebelum dikenakan tindakan undang-undang. – Agensi

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel