Connect with us

Terkini

‘Dia Memang Sudah Berada Di Luar Negara’ – KPN Gesa Muhammad Sajjad Kamaruzzaman Balik Dan Hadapi Tuduhan Di Mahkamah

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menggesa lelaki bernama Muhammad Sajjad Kamaruzzaman berhenti menyembunyikan diri dan berdepan dengan kes di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Beliau berkata, tindakan lelaki itu bersembunyi adalah tidak masuk akal kerana tuduhan yang dihadapinya itu tidak serius.

“Saya harap dia bertanggungjawab. Itu private life dia, saya tahu. Walau sedang bersembunyi, dia masih lagi hendak mencuit perasaan orang ramai.



“Saya minta dia balik dan pergi ke mahkamah. Dia memang sudah berada di luar negara. Masa dia lari dari mahkamah itu kita tidak dapat kesan, hanya kita tahu lebih kurang dia berada di mana.

Advertisement

“Kita ada teknik mengesan, misalnya ada di Kedah, Perak, kita cuba hendak menahan dia di sempadan. Tetapi kena faham, sempadan kita bukan sahaja tembok. Kalau mereka gunakan lorong tikus ini, sukar bagi kita.

“Dia masih bersembunyi. Kalau dia nak muat naik aktiviti dia, tak apalah. Kita tunggu kerana jerat tidak akan lupakan pelanduk. Dia akan baliklah,” jelasnya memetik laporan dari mStar Online.

Tambahnya, pada masa ini pihaknya masih belum ada perkembangan mengenai kedudukan sebenar usahawan produk kosmetik itu.

Februari lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap lelaki berusia 36 tahun itu disebabkan kegagalannya hadir ke mahkamah atas dakwaan berpakaian wanita di sebuah masjlis agama menyebabkan agama Islam dipandang hina.

Anak Kamaruzzaman itu didakwa di bawah Seksyen 10 (a) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995. Jika sabit kesalahan, pelaku boleh dihukum penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Advertisement

Sumber: mStar Online

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel