Connect with us

Terkini

Mayat Bayi Dipercayai Dibuang Tepi Jalan Ditemui Dalam Kotak Milo

Mayat seorang bayi lelaki ditemui di dalam kotak di belakang perhentian bas di kawasan Perindustrian Batu 22 Ijok di sini pada Rabu.

Diceritakan daripada seorang netizen bernama Him Akmal, lelaki ini mendakwa dirinya ‘ditemukan’ dengan seorang bayi malang yang ditinggalkan di dalam sebuah kotak baru-baru ini. Sepi tanpa ibu, pilu menatap siang dan malam..bersendiri di tepi jalan.

Bayangkanlah, bayi lain seusianya sepatutnya sedang lena dalam dakapan mesra si ibu. Terlelap tenang selepas kenyang meneguk air susu kasih ibu. Tapi tidak bagi bayi ini, sebaliknya dia terlelap kaku, lidahnya kering tanpa susu..hingga tubuhnya kelu buat selama-lamanya!



Mari hayati perkongsian oleh Him Akmal di bawah ini.

Advertisement
Gambar: Him Akmal

Tepat jam 10.00 pagi pada hari yang sederhana panas ni Team Anjung 336 seperti biasa akan buat edaran percuma Nasi Lemak 336 di bus-stop Jalan Kuala Selangor berdekatan Taman Barium.

Selepas 30 minit edaran dibuat semasa kami semua nak gerak balik, Him baru tersedar ada satu kotak Milo betul-betul di kawasan edaran kami. Him pun macam dapat rasa sesuatu lah.

Sebelum Him terdetik nak tendang perlahan-perlahan kotak tu actually memang dah terdetik dah mesti ada sesuatu dalam kotak Milo ni sebab kotaknya nampak lawa macam tidak pernah disentuh.

Gambar: Him Akmal

Lepas tu Him cuba tolak kotak tu perlahan-lahan dan rasa macam berat je, rasa macam ada sesuatu dalam kotak ni. Him pun beranikan diri untuk bukak kotak tu dan ternampak ada beg dalam tu.

Dalam pada masa yang sama Him nampak bonjolan bulat kain putih seakan-akan membentuk kepala. Ternampak juga semut-semut mengerumuni beg dan ada keluar sedikit bau yang tidak menyenangkan juga pada masa tu.

Memang Him dan team semua rasa tak sedap hati dan bila kami masing-masing bertanya sesama kami, instinct kami pada masa tu semua sama. Then kami buat keputusan terus call pejabat polis yang berdekatan.

Gambar: Him Akmal

Dalam beberapa minit kemudian pihak polis datang dan membuat siasatan. Lepas meneliti kotak dan beg tu pihak polis mengesahkan memang dalam bungkusan putih tu adalah bayi yang sudah tidak bernyawa pada masa tu.

Memang tak pernah Him sangka benda ni akan berlaku in real life pada Him. Pada pendapat Him bayi tidak seharusnya dibuang sebaliknya boleh diselamatkan dan diberi kepada keluarga angkat yang amat memerlukan bayi.

Advertisement

‘Mereka’ tidak bersalah dan nyawa mereka sangat berharga. Boleh hubungi hotline Talian Kasih 15999 dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan terus ke lokasi untuk melihat apa yang dorang boleh bantu.

Semoga SYURGA buatmu Si Anak Kecil.

#SaveALife #KasihMalaysia #TalianKasih

Gambar: Him AkmalMemetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa mengesahkan polis menerima maklumat daripada panggilan kecemasan MERS 999 pada jam 10.35 pagi.Menurutnya, bayi itu itu ditemui orang awam sebelum dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.”Punca sebenar kematian masih dalam siasatan pakar perubatan,” katanya.

Sumber: Him Akmal, Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel