Connect with us

Terkini

‘Suami Tak Merokok, Apatah Lagi Ambil Dadah’ – Isteri Khalis Mohon Doakan Yang Baik-Baik Buat Suami

Baru-baru ini, tular sekeping gambar menunjukkan adik kepada Allahyarham Achik Spin iaitu Khalis dalam keadaan kurus dan pucat.

Khalis kelihatan diusung masuk ke dalam kereta untuk dibawa ke hospital.


Mengakui kesahihan gambar tersebut, isteri Khalis walau bagaimanapun menafikan dakwaan negatif netizen menuduh suami mengambil dadah.

Advertisement

“Suami saya seorang yang anti dadah dan dia juga bukan perokok. Keadaan kesihatannya kurang baik disebabkan penyakit kencing manis yang dihidapi selama ini.”

Mengenai keadaan Khalis, isteri memaklumkan suami berada dalam keadaan baik namun pada waktu tengah hari tiba-tiba separuh sedar.

“Saya cuba memanggilnya tetapi tiada respon sebelum kami membawanya ke HTJ. Dia kemudian dimasukkan ke zon merah jam 5 petang hingga 11 malam kelmarin. Selepas itu baru dia ditempatkan di wad biasa.

Sebagai seorang isteri, Zalina memohon orang ramai menghentikan tuduhan tidak berasas mengatakan suami jatuh sakit angkara dadah.

Dia turut memohon agar orang ramai mendoakan suami segera sembuh seperti sedia kala.

Sumber: Harian Metro

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel