Connect with us

Bahasa

Timbalan Menteri Mohon Maaf Tertidur Pada Majlis Graduasi

Published

on

 2,368 total views,  9 views today

Ahli Parlimen Kuala Pilah Eddin Syazlee Shith memohon maaf susulan video tular yang menunjukkan beliau tertidur ketika berlangsungnya majlis Khatam Al-Quran dan Graduasi Huffaz di Palm Mall di Seremban, Negeri Sembilan semalam.

Menurut Pegawai Tugas Khas Farahiah Zubir, Timbalan Menteri Kerja Raya itu keletihan dan kurang sihat namun bagi memenuhi undangan jemputan beliau tetap hadir ke majlis tersebut.



“Untuk makluman Datuk Eddin Syazlee telah memohon maaf kerana tertidur pada acara tersebut. Beliau makan ubat sebelum ke majlis tersebut tetapi tetap menggagahkan diri untuk memenuhi jemputan.

“Alhamdulilah pada majlis itu Datuk Eddin Syazlee telah meluluskan pemasangan penghawa dingin di Dewan Sekolah Menengah Sains Kuala Pilah dan menyumbang sedikit dana bagi membantu pihak sekolah memperoleh bas untuk kegunaan pelajar,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Video yang tular di media sosial hari ini menunjukkan Eddin tertidur di kerusi ketika namanya dipanggil oleh pengacara majlis bagi menyempurnakan program tersebut.

– Bernama

Terkinii

Konstabel Baru Pindah Sibu Mati Tertembak Oleh Rakan

Published

on

 4,219 total views,  927 views today

SIBU- Seorang konstabel polis lelaki ditemukan mati di sebuah rumah di Lorong Permai Timur 9, Taman Permai di sini semalam dipercayai tertembak oleh rakannya yang juga seorang anggota polis yang menyewa rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit ketika dihubungi lewat malam tadi berkata, anggota yang dikenali sebagai Norhalim Tumiran, 25, dijumpai dengan kesan tembakan di kepala selepas laporan mengenai kejadian itu diterima sekitar 7 malam.



“Kami dimaklumkan seorang anggota polis ditemukan mati dengan kesan tembakan pada bahagian atas telinga kanan (kepala) dan masih terduduk di atas sofa di dalam rumah,” katanya tanpa memberitahu butiran lanjut kejadian.

Menurutnya, mangsa yang baru sebulan setengah berpindah tugas ke sini setelah menamatkan latihan asasnya sebagai anggota polis dikatakan datang ke rumah sewa berkenaan yang didiami dua rakan polisnya untuk bermain permainan komputer sebelum waktu berbuka puasa.

Mangsa yang tinggal di rumah transit di IPD Sibu mempunyai seorang isteri dan seorang anak berusia setahun.

Stanley yang sebelum itu turut meninjau tempat kejadian selepas menerima laporan insiden itu berkata, mangsa bertugas di Unit Rondaan Bermotorsikal (URB) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu.

Menurutnya, laporan awal kejadian tersebut telah dihantar kepada Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Sarawak Senior Asisten Komisioner Lukas Aket.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -Bernama

Continue Reading

Terkinii

Polis Akan Panggil Neelofa Dan Suami Selepas Video Di Premis Perniagaan Di Nilai 3 Tular

Published

on

 10,859 total views,  907 views today

SEREMBAN, 3 Mei – Selebriti Neelofa Mohd Noor dan suaminya Haris Ismail akan dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai dalam masa terdekat berkaitan penularan video pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah Nilai Superintenden Mohd Fazley Ab Rahman berkata pihak polis telah menjalankan siasatan berhubung penularan video itu yang mengaitkan artis tersebut selepas dipercayai berada di sebuah premis perniagaan karpet di kawasan Pusat Perniagaan Nilai 3 dekat sini semalam.



“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya setelah selesai siasatan. PDRM menasihati orang ramai mematuhi PKPB. Kegagalan mematuhi perintah ini membolehkan tindakan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang masih berkuat kuasa,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No.4) serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Spekulasi berkaitan video pelanggaran SOP PKPB itu tular di media sosial apabila Neelofa bersama suaminya dikatakan memuat naik gambar dan video yang menunjukkan mereka berada di sebuah kedai karpet dipercayai di Nilai, semalam.

— BERNAMA

Continue Reading

Terkini

[VIDEO] ‘Dah Tegur, Dia Keluar Hujah Pula’ – 4 Wanita Bertudung Tak Puasa, Siap Makan Di Restoran Tanpa Segan Silu

Published

on

 33,510 total views,  934 views today

Tular satu video di media sosial menunjukkan 4 orang wanita yang beragama islam tidak berpuasa dan makan di sebuah restoran yang dipercayai di Singapura.

Menerusi perkongsian di Facebook Jihair, seorang wanita merakam video yang berdurasi satu minit sambil menegur keempat-empat orang wanita berkenaan.



“Yang makan makanan Cina ini semua, dia cakap dia kerja dengan orang Cina, lepas tu dia boleh makan. Korang buat malu orang Islam, pakai tudung lagi. Apa nak jadi?”

Masalahnya, seorang wanita yang tidak berpuasa itu siap ada point lagi nak berdebat dengan si perakam.

Disebabkan si perakam rasa malas nak panjangkan cerita, dia sempat berkata ingin melaporkan hal ini kepada Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) sebelum bergerak dari tempat kejadian.

Kalau alasan ‘uzur’ sekalipun, pergi makan dekat tempat tertutup. Ini betul tak malu makan dekat khalayak ramai. Apa nak jadi?

Sumber: Facebook Jihair Bin Adey

Continue Reading
Advertisement

Join our Telegram Channel

Trending