Connect with us

Terkini

“Aidid Kahwin Dengan Serina Ketika Dia Masih Suami Saya” – Bekas Isteri Buat Laporan Polis, Suami Serina Redzuawan Jawab Dakwaan Kahwin Kali Kedua

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai penikahan pelakon Serina Redzuawan dengan seorang pegawai polis berpangkat inspektor dikenali sebagai Meor Muhammad Aidid Meor Jamaluddin

Serina Redzuawan baru saja sah bergelar isteri kepada seorang anggota polis di Perlis iaitu Meor Mohammad Aidid. Malah, Meor Aidid didakwa telah bernikah kali kedua dengan Serina dan dimadukan tanpa kebenaran isteri pertama.

Terbaru, menurut laporan BH Online, Meor Aidid bagaimanapun akan bertanggungjawab dan memberi kerjasama kepada pihak Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Perlis berhubung isu berkenaan.

Pasangan pengantin baharu itu difahamkan kita sedang dalam siasatan JIPS Perlis berhubung isu permohonan bernikah kali kedua dengan Serina.

Advertisement

“Saya sedia bekerjasama dengan pihak berwajib. Saya dapat tahu, bekas isteri, Nur Hamizah Shaffee membuat membuat laporan polis konon dia dimadukan tanpa kebenaran. Saya sedia bertanggungjawab.”

Selain itu, cetus spekulasi dari bekas isteri yang dikenali sebagai Nur Hamizah yang menyangkal dakwaan Serina bahawa Aidid berstatus duda ketika mereka bernikah. Namun bagaimanapun, suami kepada Serina itu berkata hubungannya dengan bekas isteri sudah lama bermasalah dan hambar.

“Hati saya sudah lama tertutup untuknya. Saya bernikah dengan Serina, Februari lalu dan dia bukan punca kami berantakan. Benar, ketika bernikah kali kedua, Nur Hamizah masih isteri saya. Itu fakta yang tidak boleh dinafikan. Lagipun, ketika itu, proses tuntutan cerai mengambil masa. Kami sah bercerai pada 9 Mac lalu.”

“Sekarang hanya Serina isteri saya. Tidak timbul lagi kisah atau perihal bermadu. Dia yang tuntut cerai. Saya ada bukti tuntutan cerai itu. Dia tuntut cerai atas alasan tiada lagi persefahaman antara kami.”

Tambahnya lagi, bekas isterinya yang yang membuat tuntutan cerai. Akuinya lagi, dia hanya ingin memulakan kehidupannya yang baharu bersama Serina.

Advertisement

“Saya ikhlas menyayangi Serina dan anaknya. Dia bukan perosak rumah tangga saya. Malah, dia yang memberi semangat supaya saya tidak menyimpan dendam dengan kisah lalu. Serina juga wanita matang, bijak mengurus kehidupan, berdikari, berani serta dedikasi dalam perniagaan dan tugas yang diamanahkan.”

“Saya juga menghormati komen bapa mentua, Chef Wan. Insya-Allah saya dan isteri akan memperbaiki kekurangan diri. Saya berjanji akan menjaga Serina, anak dan rumah tangga kami dengan baik.”

Memetik portal Rotikaya, Hamizah yang juga seorang pensyarah turut menyangkal dakwaan Serina sebelum ini mengatakan bahawa Aidid berstatus duda ketika mereka bernikah.

“Saya cuma nak bersihkan nama keluarga, sebab tu saya beritahu perkara sebenar. Saya tak tahu kenapa mereka (Serina dan Aidid) perlu menipu. Memang benar Aidid berkahwin dengan Serina ketika dia masih suami saya yang sah.

“Sebenarnya hubungan saya dengan bekas suami tiada sebarang masalah dan kehidupan bahagia biarpun kadangkala terpaksa berjauhan kerana kerja masing-masing,” katanya.

Advertisement

Bagaimanapun, Hamizah berkata dia diceraikan Aidid pada 9 Mac lalu dan mendakwa pasangan itu berkahwin pada bulan Februari.

“Ikutkan saya nak berdiam diri sahaja, tapi apabila dia (Serina) beritahu perkara tidak betul, saya perlu bersuara. Saya syak mereka bernikah pada minggu ketiga Februari.”

“Pada awal 9 Mac lalu, saya diceraikan dengan talak satu. Cukup sebulan kami bercerai, Serina kongsi berita perkahwinan,” katanya.

Dalam pada itu, Hamizah berkata dia cuba menghubungi bapa Serina bagi menjelaskan perkara sebenar namun panggilannya tidak berjawab.

“Saya ada hubungi Chef Wan untuk jelaskan hal ini tapi tak berjawab. Dia tidak tahu apa-apa fasal pernikahan mereka.”

Advertisement

“Chef Wan langsung tak salah dala hal ini…saya harap netizen pun jangan menilai dengan membaca cerita satu pihak (Serina) sahaja,” katanya.

Sebelum ini, Chef Wan meluahkan rasa kecewa dan terkejut pernikahan anaknya itu langsung tidak diketahuinya. Ujarnya, lebih kecewa anaknya sudah lama berkahwin di Thailand.

Sumber: Rotikaya, BH Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel