Connect with us

Pilihan Editor

[VIDEO] “Banyak Lagi Orang Nak Masuk Polis, Yang Tak Guna Ni Kita Buang Cepat” – Ayob Khan

Tiada peluang kedua bagi anggota polis yang terlibat dadah, kata Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika menjawab soalan wartawan berkenaan salah laku anggota dalam sidang media Polis Johor hari ini.

Katanya, anggota terlibat akan terus dibuang kerana kesalahan itu merupakan isu serius dan boleh menjadi barah dalam pasukan.4



“Dadah memang isu yang serius. Sebab tu bagi saya kita tak perlu beri peluang kedua pun. Banyak sangat kes-kes dadah melibatkan pegawai dan anggota polis.

“Kalau ditangkap, positif, kita akan buang. Kita akan guna kaedah paling cepat. Banyak lagi orang nak masuk polis. Yang ada tak guna ni kita buang cepat, jangan ditinggalkan di dalam pasukan yang boleh menjadi barah, kanser,” tegas beliau.

Advertisement

Jelas beliau, mereka juga akan membuang anggota yang terlibat dengan salah laku di mana seramai 8 anggota telah dibuang sejak Januari manakala 12 lagi akan dibuang pada minggu hadapan.

“Bukan satu kebanggaan (buang anggota) tetapi ini menunjukkan ketegasan dan tindakan kita tidak berkompromi. Kita akan mengambil tindakan.

“Bagi saya, tindakan ini penting, secara tidak langsung menunjukkan pihak polis Kontinjen Johor boleh mengambil tindakan dalaman sendiri tanpa melibatkan agensi-agensi luar. Kita boleh membetulkan PDRM dari dalam dan kita perlu mengambil tindakan tegas,” katanya.

Sumber: Polis Johor

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel