Connect with us

Jenayah

‘U Mau Complaint Saya Ke?’ – 2 Bodyguard Dibelasah Majikan Sampai Lebam, Kepala Diacu Pistol Sebab Berpuasa

Dua lelaki mengalami lebam dan luka teruk di bahagian belakang badan akibat dipukul serta diugut dengan senjata api dalam kejadian yang berlaku pada Selasa, 13 April 2021 di sebuah kondominium di Jalan Pinang, Kuala Lumpur.

Menurut mangsa yang berusia 26 tahun 11 bulan itu berkata, dia dan rakannya bekerja sebagai ‘bodyguard’.

Pada hari kejadian kira-kira jam 10 malam, mereka beradad i One KL Condominium Complex Kuala Lumpur 6, Jalan Pinang, Kuala Lumpur City Centre.

Salah seorang rakan kepada majikan mereka bertanya kepada rakan mangsa, “You orang puasa ke?” dan secara tiba-tiba menampar kepala mereka berdua di hadapan pekerja yang lain.

Advertisement

Rakan majikannya turut melemparkan kata-kata berikut:

“You orang mau complaint saya ke?” kata suspek.

Mangsa pertama mengatakan, ketika dia menunggu rakannya mengambil kereta, dia dipukul di kepala dan perutnya ditumbuk beberapa kali.

“Apabila sampai di rumah majikan di Bukit Tinggi, majikan menyuruh salah seorang staff pergi mengambil rotan kayu dan menyuruhnya memukul bahagian belakang saya dan rakan dalam keadaan berdiri.

Majikan pula memegang sepucuk pistol sambil dicekah dan diacuhkan ke arah rakan saya,” kata mangsa.

Advertisement



Akibat dari kejadian itu, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian belakang badan, kepala dan lengan.

Mangsa yang bimbang dengan keselamatan diri dan tidak puas hati dengan tindakan majikannya tampil membuat laporan polis di Balai Polis Klang pada jam 3.04 pagi Rabu, 14 April 2021.

 

Turut tersebar, salinan laporan polis mangsa kedua yang menjelaskan situasi yang hampir sama di mana majikan bernama Chung Chee Yang melemparkan kata-kata biadab dan berunsur penghinaan terhadap agama Islam.

Mangsa juga diugut oleh majikannya dengan senjata api dan mengancam akan menghantar orang-orangnya untuk memukul keluarga mangsa.

Advertisement

Bimbang dengan keselamatan keluarga, mangsa memohon maaf.

“Saya kata, ‘Sorry boss, sakit’. Dia datang dan rampas pistol yang diletakkan di bahagian pinggang saya dan diacu ke arah saya sambil berkata, 

Sementara itu, Ketua POlis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan kejadian itu yang membabitkan mangsa berusia 26 dan 43 tahun.

Siasatan awal mendapati, dua mangsa terbabit berkerja dengan suspek sejak tiga dan tujuh tahun lalu.

Suspek dikatakan akan memarahi mangsa sekiranya mendapat tahu pekerjanya berpuasa dan memaksa mereka untuk tidak meneruskan berpuasa.

Suspek kini sedang diburu dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan.

Advertisement

Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS, Harian Metro

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel