Connect with us

Terkini

Varian Baru Covid-19 Dikesan Di Indonesia, Dipercayai Dari Malaysia

JAKARTA – Satu lagi varian baharu Covid-19 dikesan di Indonesia, iaitu B1525, dipercayai dari Malaysia selepas seorang warganegara Indonesia yang kembali ke negara itu disahkan positif.

Jurucakap Vaksinasi Covid-19 Kementerian Kesihatan Indonesia, Siti Nadia Tarmizi dipetik media tempatan berkata, varian itu ditemukan di Batam, Kepulauan Riau, terhadap seorang pesakit yang kembali dari Malaysia pada Februari lepas.



“Satu spesimen pada Februari, dari PMI (pekerja Migran Indonesia) Malaysia, didapati varian baharu, pesakit itu telah menjalani kuarantin dan rawatan, dan telah sembuh,” katanya.Siti Nadia berkata, penyelidikan awal mendapati varian virus B1525 itu bukan mutasi dari varian virus Covid-19 seperti B117 dan E484K, tetapi varian virus yang tersendiri.

Advertisement

Setakat hari ini (Sabtu), Indonesia mencatatkan 1,599,763 kes positif Covid-19, dengan 5,041 kes baharu dicatatkan dalam tempoh 24 jam.

Menurut data yang disiarkan di laman Twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini (Sabtu), sebanyak 1,450,192 kes positif dinyatakan sembuh, manakala sebanyak 43,328 orang meninggal dunia akibat virus itu. – Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel