Connect with us

Mahkamah

Penjual Kuih Didakwa Bunuh Anggota Polis

GEORGE TOWN, 23 April (Bernama) — Seorang penjual kuih dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang anggota polis, minggu lepas.

Tertuduh, 35, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Jamaliah Abd Manap namun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.



Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya dan melanggar motosikal yang dinaiki Konstabel Muhammad Iqbal Mazlan sehingga mangsa terjatuh dan meninggal dunia di Jalan Utama, antara 1 hingga 2 pagi, 17 April lepas.

Advertisement

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 23 Jun untuk sebutan semula kes sementara menunggu proses dokumentasi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Yazid Mustaqim Roslan manakala tertuduh diwakili peguam G. Shanmugam.


Pada 18 April lepas, media melaporkan Muhammad Iqbal yang sedang menjalankan rondaan cegah jenayah maut ketika mengejar suspek, selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar suspek dan terbabas, menyebabkan dia terjatuh dan kepalanya terhantuk pada pembahagi jalan.

Sumber: BERNAMA

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel