Connect with us

Global

Kri Nanggala 402 Dipercayai Karam, 53 Kru Bersemadi Di Dasar Samudera

JAKARTA –  Sebuah kapal selam Indonesia yang hilang di perairan pulau peranginan Bali telah karam, kata Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Laut (TNI-AL) semalam sekali gus menghancurkan harapan bahawa 53 krunya akan dapat diselamatkan.

Ketua TNI-AL, Yudo Margono berkata, pasukan mencari me­nemui serpihan-serpihan KRI Nanggala termasuk barangan dari dalam kapal selam tersebut yang dipercayai kehabisan bekalan oksigen.


Sebilangan kapal perang, pesawat dan beratus-ratus anggota tentera terlibat mencari kapal selam hilang itu. Pihak berkuasa berkata, kapal selam buatan Jerman itu mempunyai bekalan oksigen mencukupi untuk tempoh tiga hari sahaja selepas kehilangan kuasa enjin.

Advertisement

Tarikh akhir itu berlalu awal pagi semalam.

“Kami telah mengubah status KRI Nanggala daripada kapal selam hilang kepada kapal selam karam.

“Kami mempunyai bukti sahih yang dipercayai datangnya daripada kapal KRI Nanggala 402.

“Bagi tempoh beberapa hari ini, kami telah menjumpai serpihan dan barangan dari lokasi terakhir kapal itu menyelam.

“Serpihan itu tidak akan terapung jika tiada tekanan luar atau kerosakan kepada pelancar terpedo,” kata Yudo Margono kepada pemberita sambil menambah, barangan tersebut tidak mungkin berasal daripada kapal lain.

Advertisement

Beberapa pegawai tentera laut berkata, sebilangan item termasuk serpihan torpedo dan botol minyak gris yang digunakan sebagai pelincir periskop kapal selam itu telah ditemui. Mereka turut menjumpai sehelai sejadah yang digunakan oleh kru KRI Nanggala.

Pencarian kapal selam KRI Nanggala tetap diteruskan awal pagi semalam meskipun telah melepasi tempoh masa anggaran ketahanan bekalan oksigen iaitu pada pukul 3 pagi (waktu tempatan).

Setelah lebih 72 jam melakukan pencarian, tiada petunjuk ditemui sehingga membawa kepada penemuan serpihan komponen kapal selam pada petang semalam yang memberi keyakinan kepada pasukan tentera untuk mengumumkan status kapal itu kepada ‘subsunk’ (tenggelam).

Misi pencarian kapal selam buatan Jerman itu turut mendapat bantuan daripada negara-negara lain seperti Singapura, Australia, Malaysia, India serta sebuah pesawat Poseidon milik tentera Amerika Syarikat yang dijangka tiba semalam.

Pada Rabu lepas, KRI Nanggala dilaporkan terputus hubungan dengan pusat kawalan ketika menjalani latihan di perairan Bali Utara

Advertisement

Kapal selam itu merupakan satu daripada lima kapal selam dalam armada Indonesia. – AFP

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel