Connect with us

Terkini

PDRM Mesti Kekal Bersih, Jaga Keamanan Dan Keutuhan Negara – Abdul Hamid

Published

on

 3,611 total views,  3 views today

KUALA LUMPUR — Polis Diraja Malaysia (PDRM) mesti kekal sebagai sebuah pasukan penjaga keamanan dan keutuhan negara sekali gus menolak campur tangan anasir luar dalam urusan menentukan hala tuju pasukan keselamatan negara itu, kata Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Abdul Hamid pada sidang media terakhirnya sebagai Ketua Polis Negara di sini hari ini berkata sepanjang dua tahun memegang tampuk pemerintahan pasukan, beliau berusaha memerangi gejala rasuah dan meningkatkan integriti pasukan itu.


“Saya lawan rasuah dalam pasukan…saya tidak mahu pasukan ini diguna untuk menakut-nakutkan orang dengan menjalankan kerja-kerja kotor.

PDRM perlu berlaku adil tanpa mengira bangsa, agama dan rakyat,” katanya yang berharap pengganti beliau akan meneruskan usaha membanteras amalan rasuah dalam kalangan anggota dan pegawai polis.

Kontrak perkhidmatan Abdul Hamid sebagai Ketua Polis Negara dijadualkan tamat pada Isnin ini dan jawatan itu akan diisi Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin pada satu majlis di Putrajaya hari ini menyerahkan surat pelantikan Ketua Polis Negara kepada Acryl Sani berkuat kuasa 4 Mei. Majlis serah terima tugas kepimpinan tertinggi PDRM itu dijadual 9 pagi Isnin ini.

Hamzah pada sidang media selepas majlis itu berkata pelantikan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas menerima nasihat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP).

Abdul Hamid berkata misi utama beliau adalah untuk mengembalikan martabat PDRM dan walaupun sukar untuk dicapai sepenuhnya, ia telah menampakkan hasil apabila kejayaan demi kejayaan dicapai dalam memerangi ancaman dadah dan tahap intergriti dalam kalangan warga PDRM juga meningkat.

Ditanya siapa bakal Timbalan Ketua Polis Negara menggantikan Acryl Sani, Abdul Hamid berkata pada masa ini tiga pengarah mempunyai kekananan untuk jawatan itu iaitu Pengarah Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard Datuk Zamri Yahya; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Datuk Razarudin Husain dan Pengarah Jabatan Pengurusan Datuk Ramli Din.

“Saya tahu ramai yang mahukan (Ketua Polis Johor) Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay…beliau akan akan kembali sebagai Pengarah JSJ (Jabatan Siasatan Jenayah),” katanya.

Memulakan sidang media dengan merakamkan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri, Abdul Hamid berkata beliau bersyukur diberi rezeki memimpin pasukan keselamatan negara itu selama dua tahun.

“Dua tahun ini telah mencukupi kerana ada orang yang lebih baik (untuk pegang jawatan ini)…saya sudah bersihkan laluan dan menebang semua pokok-pokok besar…Acryl hanya perlu teruskan perjuangan dia sebagai IGP yang baharu dan membersihkan masalah intergriti dan rasuah dalam PDRM…,” katanya yang turut menolak kemungkinan untuk menceburi bidang politik.

“Saya nak berkebun,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Terkini

“Kami Kembali,” – Selepas 64 Hari, Dr Noor Hisham Kembali Adakan Sidang Media Petang Ini

Published

on

 347 total views,  347 views today

Kementerian Kesihatan Malaysia melalui perkongsiannya di akaun Twitter rasminya memaklumkan bahawa Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah akan mengadakan sidang media perkembangan terkini COVID-19 pada petang ini.

Sidang media pada hari ini dijangka akan dilangsungkan pada jam 5.30 petang ini selepas kali terakhir sidang media dilakukan beliau pada 4 Mac lalu.


KKM menerusi kemas kininya yang terbaru menyatakan bahawa sidang media yang dijangka berlangsung pada pukul 5.30 petang ini akan diawalkan kepada jam 5 petang.


Dalam perkembangan yang sama, turut dimaklumkan bahawa Menteri Kanan Keselamatan iaitu Datuk Seri Ismail Sabri akan mengadakan sidang media dijangka pada pukul 5 petang ini.


Bernama TV menerusi kemas kini terbarunya memaklumkan bahawa sidang media Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri yang dijangka berlangsung pada pukul 5 petang ini dibatalkan.


Sumber: Bernama TV/Kementerian Kesihatan Malaysia / SiakapKeli

Continue Reading

Jenayah

Pencuri Sempat ‘Wave’ 2 Kali Selepas Wanita Ini Tak Perasan Kad Banknya Tercicir

Published

on

 1,314 total views,  1,314 views today

Menerusi satu perkongsian dilaman Facebook oleh Nor Hidayah, dia menceritakan kisah di mana dia secara tidak sengaja telah tercicir kad bank miliknya.

Namun kisahnya tidak berakhir di situ apabila kad tersebut didapati telah digunakan oleh seorang lelaki menerusi kaedah pay wave untuk membuat sebarang transaksi tanpa perlu kata laluan.

Semuanya bermula apabila wanita ini pergi ke sebuah stesen petrol bagi mengeluarkan duit, namun dia tidak menyedari kadnya telah tercicir.



Malah menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan dia menyimpan semula kadnya itu ke dalam poket.

“Lepas balik dari office pergi petronas sini (Sg besi bypass) untuk keluarkan duit. Tengok cctv memang simpan dalam poket dan tak ada interaction aku dengan makcik (baju merah) ni. Tah mana dia kutip tak tau lah. Aku suspect kat luar petronas, sebab mungkin masa tu nak keluarkan kunci kete.”

“Masa lepas berbuka tu, dapat notification duit tolak kat kedai vape, padahal masa tu dah 2nd transaction dah. Terus blurr jap. Call bank ingatkan keje scammer. Rupanya aku tak perasan kad hilang. Perasan bila orang bank mintak no kad bank tu. Check-check tepuk dahi aku, rupanya kad aku cicir dia wave kad aku.”

Tidak berakhir di situ, lelaki berkenaan turut menggunakan kad wanita ini dia dua tempat berbeza iaitu farmasi dan kedai vape. Pada masa yang sama, wanita ini sempat untuk membuat panggilan kepada pemilik kedai berkenaan bagi membenarkan dia untuk melihat CCTV bagi mengenal pasti lelaki itu.

“Nampak transaction dia kat kedai vape. sebelum tu dia selamat dah beli kat pharmacy. Aku pon try google kedai vape tu dapat lah no fon. Aku pon call lah. nasib baik taukey kedai vape tu bagi kerjasama and percaya lah kat aku. Dia pon bagi lah gambar cctv. Nak bagi confirm takut aku tersalah orang nak doa ni. Hahaha. Aku pon pergi lah semula petronas. So mintk tengok cctv, confirm lah itu org dia. Aku pon doalah untuk dia. Tak doa bukan-bukan pon. Doa supaya dia semput lepas isap vape tu.”

“Tak de lah, xpe lah nak buat mcm mana. Aku share sini bukan tentu dpt org tu pon. X mencari pon. Saje nak share supaya jdkan pengajaran utk org lain juga. Zaman skrg cctv byk. Zaman moden sng nak trace. Buat salah sekali terus org viral. Tp hebat lg cctv Allah. Sama2 lah kita jaga akhlak kita. Tak kira dimana jua.”

“Bunyi mcm bagus sgt aku kan? Hahaha. Itu tanda aku cuba redha. Nak meroyan pon x guna, salah aku jugek. 🤣 Sedikit sebanyak keburukan wave. Jadikan lah pengajaran dan teladan. Lepas ni elok lah deactivate wave tu.”

“Post ini telah di edit. Supaya wajah suspect ditutup dan elok lah utk simpanan sy dan pihak berwajib yg terlibat sahaja.”

Sumber: Nor Hidayah

Continue Reading

Terkini

Cekal Besarkan 6 Anak OKU Walaupun Usia Sudah Menjangkau 70 Tahun

Published

on

 1,392 total views,  1,392 views today

Dungun: Di sebalik senyuman mesra yang diberikan warga emas ini ketika menyambut kedatangan Bernama di kediamannya di Kampung Keliyu di sini, tersimpan 1,001 kenangan pahit dan manis ketika membesarkan anak-anaknya yang sentiasa terpahat di hati.

Ujian yang dilalui Azizah Bakar, 70, sebagai seorang ibu bukanlah calang-calang kerana tidak hanya seorang malah enam daripada 12 anaknya dilahirkan sebagai orang kurang upaya (OKU).

Anak-anaknya iaitu Mohd Fairus Kamaludin, 43; Mohd Zulkifli (40); Hazura (37); Hatikah (35); Mohd Shahrul (30) dan Mohd Azeem Asyraf (27) dilahirkan bisu dan mengalami perkembangan mental yang tidak normal.



Lebih menyedihkan Mohd, Zulkifli dan Hazura tidak boleh berjalan sejak mereka berusia 20-an dan hanya mampu mengengsot.

“Anak mak cik yang pertama hingga ketiga dilahirkan normal tetapi bermula dengan anak keempat iaitu Mohd Fairus dilahirkan sebagai OKU.

“Kalau mempunyai seorang anak OKU pun sudah rasa sedih apatah lagi mak cik yang sampai enam orang anak dilahirkan begini. Ada juga mak cik tertanya sendiri kenapa ditimpa nasib seperti ini tetapi bila difikirkan semula, ia adalah ketentuan Allah dan mak cik reda sahaja,” katanya.

Meskipun tulang empat keratnya sudah tidak sekuat mana, namun wanita tabah itu tidak pernah mengeluh dan berjanji akan tetap menjaga anak-anak istimewanya itu dengan penuh kesabaran dan kasih sayang sehingga ke akhir hayatnya.

“Dari kecil mereka tidak pernah berenggang dengan mak cik dan mereka tidak boleh ditinggalkan tanpa pengawasan kerana bimbang berlaku sesuatu yang tidak diingini. Sampai sekarang pun mak cik tidak boleh pergi ke mana-mana kerana perlu menjaga mereka.

“Tetapi kini mujurlah anak-anak mak cik lain yang normal iaitu Roslinah (49); Haziru (47); Nurul Huda (45); Rozita (39); Mohd Hasrul Akimi (34); dan Nur Sharil Amiru (32) turut membantu menjaga adik-beradik mereka,” katanya.

Azizah berkata, pelbagai kepayahan terpaksa ditempuhi sepanjang membesarkan anak-anak syurga itu memandangkan pada waktu itu anak-anak yang lain juga masih kecil dan memerlukan perhatian.

Malah katanya, pada waktu itu, tiada bantuan yang diterima dan keluarga mereka hanya bergantung kepada pendapatan suaminya Kamaludin Embong, 70, sebagai ketua kampung yang tidak seberapa.

“Pada lewat tahun 1970-an bantuan untuk OKU belum ada. Memang hidup susah sampai makan pun kena catu. Menu biasa kami adalah nasi dan telur goreng. Nasib baiklah anak-anak istimewa ini tidak cerewet dan mereka makan sahaja apa yang diberikan serta tidak pernah meminta-minta.

“Sewaktu mereka kecil, Tuhan sahaja yang tahu betapa penatnya mak cik kerana jarak semua 12 anak dekat-dekat jadi mak cik menguruskan anak-anak yang OKU sambil mak cik sendiri berbadan dua,” katanya sambil memaklumkan sejak 10 tahun lepas semua anak OKUnya masing-masing menerima bantuan RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Azizah mengakui, dia pernah berasa malu dan enggan bergaul dengan masyarakat ekoran ada yang memandang serong dengan keadaan anak-anaknya itu, sehingga mereka mempersoalkan mengapa begitu ramai anaknya dilahirkan cacat.

Namun kini, dia bersyukur dan berasa bangga kerana berjaya membesarkan anak-anak istimewanya itu dengan baik dan meskipun dilahirkan dengan serba kekurangan, kebanyakan mereka sudah boleh menguruskan diri sendiri dan menjaga sesama mereka, serta membantunya melakukan kerja-kerja rumah.

Sempena sambutan Hari Ibu yang bakal diraikan esok, Azizah menasihati golongan ibu terutama yang diuji dengan anak OKU sepertinya supaya sentiasa bersabar dan menghargai semua anak-anak walau apa sahaja keadaan mereka.

“Kita perlu kuatkan semangat dan jaga mereka dengan penuh kasih sayang. Anak-anak itu tidak tahu apa-apa dan mereka pun tidak minta dilahirkan begitu. Mereka adalah amanah Allah kepada kita, terimalah mereka seadanya,” katanya yang kelihatan bergenang air mata sambil cuba mengukir senyuman. – Bernama

Continue Reading

Trending