Connect with us

Politik

‘Terbaik Tun! Kita Geng’ – Najib

Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengakui telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) apabila tidak mengambil suhu badan ketika masuk ke sebuah surau di Langkawi pada Sabtu lalu di sambut baik Bekas perdana menteri Dato Sri Najib Razak

Sama seperti dirinya, Najib berkata Dr Mahathir juga berpendirian supaya tidak ada dwi-standard atau layanan berbeza terhadap golongan yang berlainan.



“Terbaik Tun! Tak mahu double standards. Kita geng.”

Tun kata “COVID-19 adalah wabak yang serius dan penyakit ini tidak mengenali sesiapa mahupun sempadan kawasan. SOP harus dipatuhi tidak kira oleh sesiapa kerana ini dapat bantu bendung merebaknya penyakit ini. Kita tidak harus ambil ringan.”

Advertisement

Semalam, Dr Mahathir mengakui tindakannya itu merupakan satu kesalahan dan tidak seharusnya berlaku.

Sambil memohon maaf, perdana menteri keempat dan ketujuh itu berkata dia akan menerima tindakan mengikut undang-undang berkaitan.

Sebelum ini, tular video Dr Mahathir yang dirakamkan pada 8hb Mei lalu ketika dia menyampaikan sumbangan bulan Ramadan serta Aidilfitri kepada penduduk di Surau Tsunami Batu Arang, Kuala Teriang, Kuah, Langkawi yang didakwa tidak mematuhi SOP.

Video itu juga dikongsi oleh beberapa pemimpin Umno termasuk bekas presidennya Najib Razak.

Advertisement

Najib baru-baru ini didenda RM3,000 kerana melanggar SOP Covid-19 tidak merekodkan kehadirannya di Restoran Nasi Ayam Hainan Chee Meng di Bukit Bintang selain tidak membuat pemeriksaan suhu badan ketika memasuki premis berkenaan pada 19 Mac lalu.

Restoran nasi ayam yang dikunjunginya pula dikenakan kompaun sebanyak RM10,000.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel