Connect with us

Politik

“Pi Lah Sendiri Minum Ayaq Nyoq, Lepas Tu Cium Orang Sakit Covid-19 Tengok Nak Jadi Apa” – Dr Mahathir Tempelak ‘Mak Teh’ Sebar Berita Palsu Pasal Vaksin

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menempelak golongan yang menyebarkan berita palsu mengenai vaksin.

Tun Mahathir yang juga Ahli parlimen Langkawi menerusi ciapan di Twitternya mengulas rakaman suara yang kini tular daripada seorang individu yang menggelarkan dirinya ‘Mak Teh’.



Dalam rakaman suara itu dia mendakwa 40 jururawat dan staf hospital di seluruh Malaysia meninggal dunia selepas divaksin dan maklumat itu disembunyikan pihak berkuasa.

Mak Teh yang bercakap loghat utara dalam rakaman itu turut menyarankan penerima vaksin minum air kelapa (ayaq nyoq) bertujuan membersihkan daripada ‘racun’.

Advertisement

“Ayaq nyoq (air kelapa) nak buat apa? Kalau betul pi (pergi) lah sendiri minum ayaq nyoq.

“Lepas tu cium orang yang sakit Covid-19 ini dan tengok nak jadi apa.

“Bolehkah ayaq nyoq tu bertahan (daripada jangkitan),” kata Dr Mahathir.

Tegasnya, tindakan tidak bertanggungjawab sebegitu akan menyebabkan ramai orang enggan divaksin.

Lantaran itu, katanya ramai orang pula yang akan berisiko dijangkiti Covid-19 dan boleh membawa maut.

Advertisement

“Saya tidak percaya (40 jururawat meninggal dunia kerana vaksin) kerana saya dan isteri sudah disuntik (dengan vaksin)… tak ada ada apa pun.

“Ini satu dakyah yang tiada asas. Ia sebenarnya menghukum mati orang yang tidak dapat vaksin,” katanya.

“Apabila mereka mati, itu tanggungan Mak Teh lah, dosa atau tak berdosa,” katanya lagi.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel