Connect with us

Politik

Perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin Sebagai Pengerusi Prasarana Ditamatkan Serta-Merta

Perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), dilaporkan ditamatkan berkuatkuasa serta-merta.

Perkara tersebut adalah di atas persetujuan Kementerian Kewangan menerusi satu surat bertarikh 26 Mei yang dihantar kepada beliau.



Surat berkenaan turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih ke atas perkhidmatan dan sumbangan Tajuddin kepada Prasarana sepanjang menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif syarikat.

Terdahulu, pada hari ini polis telah menjalankan siasatan terhadap beliau susulan kontroversi didakwa tidak memakai pelitup muka ketika mengadakan sidang media berkaitan kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT), semalam.

Advertisement


Sumber: Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel