Connect with us

Politik

Anak Isa Samad Nafi Bapa Meninggal Dunia

SEREMBAN, 27 Mei – Anak kepada bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, menafikan khabar angin yang mengatakan bapanya telah meninggal dunia, malam ini.

Mohamad Najib Mohd Isa yang juga Ketua Pemuda UMNO Port Dickson ketika dihubungi Bernama memaklumkan perkara itu dan menyatakan bapanya kini masih sihat.



“Saya difahamkan ada audio yang tersebar mengenai berita ayah (meninggal dunia), semua itu tidak betul, ayah saya sihat walafiat.

“Kita doakan untuk beliau dan kita semua dipanjangkan umur, murah rezeki, selamat daripada sebarang fitnah dan penganiayaan,” katanya.

Advertisement

Mohd Isa, 72, pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun sejak 1982, selain turut menjadi Ketua UMNO Teluk Kemang sejak 1978 hingga 2017.

Malam ini tular satu audio berdurasi 47 saat di aplikasi Whatsapp, yang mendakwa bekas pemimpin UMNO itu meninggal dunia kira-kira pukul 8 malam tadi.

Sebelum ini, khabar angin mengenai kematian Mohd Isa itu pernah dilaporkan pada 2018 dan 2019, bagaimanapun perkara tersebut dinafikan isterinya Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid.



— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel