Friday, December 05, 2025

[VIDEO] Kanak-Kanak Perempuan Lari Lintas Jalan Parah Dilanggar Kereta

May 28, 2021
1 min read

Seorang kanak-kanak perempuan parah selepas dilanggar sebuah kereta jenama Perodua Kembara di Kampung Delek Kanan kelmarin.

Menurut laporan Berita Harian, kejadian berlaku pada pujul 5:45 petang kelmarin apabila kanak-kanak perempuan itu melintas jalanraya sebelum dilanggar kereta yang dipandu seorang wanita berusia 21 tahun.



“Ketika kejadian, wanita terbabit dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumah di kampung sama. Mangsa dikatakan pada mulanya berada di tepi jalan tetapi tiba-tiba melintas secara melulu.”

“Keadaan itu menyebabkan pemandu terbabit dipercayai tidak sempat mengelak lalu terlanggar mangsa kerana jarak terlalu dekat, walaupun telah cuba menekan brek kecemasan.” Kata Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli

Shamsul Amar Ramli berkata yang kanak-kanak perempuan itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

“Pemandu terbabit sudah membuat laporan polis. Hasil siasatan mendapati akibat kemalangan itu, bumper depan bahagian kanan, lampu besar kanan dan fender depan kanan kenderaan dipandunya kemek.”

“Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.”



Sumber: Berita Harian

HANGAT MINGGU INI

Kes Lemas Taman Prima Saujana: Adik Meninggal Dunia Di Hospital, Abang Masih Hilang – Polis

KAJANG – Seorang kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dan dihanyutkan

Ayah di Sibolga Tidak Berganjak dari Kawasan Tanah Runtuh Selama Tiga Hari Demi Mencari Puteri Tercinta

SUMATERA UTARA – Tragedi tanah runtuh yang berlaku di Sibolga meninggalkan kesedihan