Connect with us

Politik

Bukit Aman Siasat Dakwaan Menteri Lalu SJR Di Perasing Tanpa Surat Kebenaran

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas inkuiri berhubung dakwaan seorang menteri yang melalui sekatan jalan raya (SJR) di Perasing, Kemaman di Terengganu, pada 16 Mei lepas, tanpa surat kebenaran rentas negeri.



Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Dev Kumar berkata, PDRM akan memanggil semua pihak yang berkaitan untuk diambil keterangan, berhubung isu berkenaan.

“Ya, kes ini sedang disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman, untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku di sekatan jalan raya itu, jika ada berlaku sebarang kesalahan,” katanya kepada Bernama malam ini.



Sebelum ini tular di media sosial berhubung dakwaan penahanan seorang menteri di SJR di Perasing.

Advertisement

Sumber: BERNAMA

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel