Connect with us

Politik

“Saya Nak Pulang, Sebab Tu Tutup Pintu”, Kata Ismail Sabri Mengulas Gambar Yang Dimuat Naiknya

Sebuah gambar yang dimuat naik oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di laman Facebooknya berkenaan sedang menutup pintu telah menyebabkan netizen tertanya-tanya apakah maksud tersirat daripada gambar tersebut.

Memetik laporan Berita Harian, ketika sidang media secara maya sempena Pelancaran Pembinaan Hospital Modular COVID-19 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, beliau mengatakan mahu menutup pintu itu kerana ingin pulang.



“Saya nak pulang (sudah habis kerja), sebab itu tutup pintu.”

Melaluinya kenyataannya itu sedikit sebanyak mampu memberitahu masyarkat Malaysia tentang persoalan yang mereka ingin tahu selama ini.

Advertisement

Terdahulu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat sebuah hantaran mengenai gambarnya sedang menutup pintu dengan kepsyen “Saya dan tutup pintu depan tapi…” sehingga menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen, terutama ketika negara kini sedang menjalani Sekatan Pergerakan Penuh dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa komen yang memuji usaha beliau dalam menyekat penularan Covid-19 daripada terus menular di negara ini.

Setakat ini, hantaran terbabit mendapat lebih 74,000 tanda suka dan lebih 13,000 perkongsian.



Sumber: Berita Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel