Connect with us

Jenayah

Polis Tahan Jurujual Kerana Ciapan Berkaitan MySejahtera, Program Vaksinasi

KUALA LUMPUR— Pol is menahan seorang jurujual peralatan komputer tengah malam tadi selepas disyaki memuat naik kenyataan berkenaan aplikasi MySejahtera dan program vaksinasi di laman Twitternya yang boleh menimbulkan kegusaran masyarakat.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata lelaki berusia 36 tahun itu ditahan di Kota Damansara, Petaling Jaya oleh  sepasukan polis daripada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5) JSJ Bukit Aman kira-kira 12.05 tengah malam.



Menurutnya, lelaki yang juga pemilik akaun Twitter Abah@chairmanGLC itu ditahan hasil maklumat yang diterima daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Sebuah telefon bimbit, router (penghala) dan modem yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes ini dirampas dan lelaki itu direman satu hari (5 Jun) untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No 2) 2021.

Advertisement

Orang ramai dinasihatkan agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platfom terbabit sehingga mendatangkan kegentaran awam serta menggugat keharmonian negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Sumber: BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel