Friday, December 05, 2025

Empat Penjawat Awam Antara 32 Yang Ditahan Sertai Parti Liar

June 7, 2021
1 min read

KUALA LUMPUR – Empat penjawat awam antara 32 individu ditahan selepas disyaki terlibat dalam parti liar yang diadakan di sebuah hotel mewah di Jalan Pinang, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata mereka yang ditahan dalam serbuan 2 pagi di dua bilik berasingan di hotel berkenaan terdiri daripada lapan warga asing dan 18 wanita berusia 20 hingga 50 tahun.



“Siasatan awal mendapati, seorang daripada penjawat awam itu adalah penganjur kegiatan berkenaan dan tempahan bilik juga dibuat olehnya dengan kadar sewa RM500 dan RM700 semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata polis membuka kertas siasatan bagi kes penjawat awam dan warga asing manakala 20 individu yang juga warga tempatan dikompaun sebanyak RM2,000 seorang.

Mohamad Zainal berkata kes disiasat di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dan Peraturan 17(1) Akta Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Perjangkit (PPPDPPB) (No 2) 2021 kerana melakukan aktiviti sosial dalam tempoh PKP.

Katanya, mereka akan dituduh di mahkamah setelah mendapat arahan daripada pihak Timbalan Pendakwa Raya.



— BERNAMA

HANGAT MINGGU INI

Pengasas eHATI Didakwa Lari ke Negara Asia Tenggara Sehari Sebelum Pertuduhan

KUALA LUMPUR – Pengasas program eHATI bersama suaminya dipercayai melarikan diri ke

Polis Buka Siasatan Video Pemain Indonesia Hina Anggota URB PDRM

SUBANG JAYA, 11 NOV – Polis membuka kertas siasatan berhubung beberapa video