Connect with us

Hiburan

Neeta Manis Buat Laporan Polis Kes Tular Video TikTok ‘Salah Parking’

Penyanyi dan pengacara, Neeta Manis dan syarikat rakamannya iaitu Nar Records Sdn. Bhd membuat laporan polis berhubung satu video TikTok yang dikatakan menjatuhkan maruah dirinya.

Video yang tular itu mendakwa Neeta sedang membetulkan pakaiannya ketika rakaman program All Together Now Malaysia baru-baru ini dengan ayat bertulis ‘salah parking’.



Video berkenaan dianggap telah menjatuhkan maruah Neeta sebagai seorang wanita dan itulah sebab mereka membuat laporan polis.

“Video itu amat memalukan dan menyentuh sensitiviti serta maruah Neeta sebagai wanita.”

Advertisement

“Dengan niat atau tujuan apa individu terbabit masih tidak dapat dipastikan kerana usaha untuk menghubunginya gagal dan tiada sebarang maklum balas diberikan sehingga kini.”

“Mungkin bagi sesetengah orang, perkara ini kecil tetapi pihak pengurusan menyelar perbuatan tersebut kerana telah mengundang kecaman dan tomahan orang terhadap anggota tubuh badan serta diri Neeta sendiri.”



Sumber: Kosmo Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel