Connect with us

Politik

Dr Mahathir Beri Cadangan Bentuk Mageran Kepada Agong

Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan Penubuhan sebuah pentadbiran seperti Majlis Gerakan Negara (Mageran) bagi menangani masalah-masalah yang dihadapi oleh negara sekarang susulan penularan Covid-19 ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.

Beliau menggariskan empat masalah yang dihadapi oleh negara sekarang iaitu krisis kesihatan, ekonomi, politik, dan sosial, kesan pandemik yang sudah menjangkiti lebih 630,000 orang di Malaysia.

Beliau turut menawarkan sumbangan dalam penubuhan itu sekiranya ia ditubuhkan.



“Kita berpendapat bahawa Mageran mungkin berjaya (selesaikan krisis) kerana dalam badan (Mageran) itu bukan hanya orang politik tetapi juga pakar pelbagai bidang.

Advertisement

“Pejuang telah kenal pasti apa sumbangan yang boleh Pejuang berikan. Kami tawarkan sumbangan bukan untuk mengetuai Mageran,” katanya dalam sidang media secara maya pada Khamis.

Dr Mahathir menjelaskan, Yang di-Pertuan Agong tidak memberi sebarang keputusan mengenai cadangan itu, namun menurut Seri Paduka cadangan penubuhan Mageran itu perlu datang daripada kerajaan.

“Jadi buat masa ini saya rasa Mageran tidak berlaku kerana kerajaan tidak akan cadangkan. Pada kerajaan, negara tiada masalah dan kerajaan dapat mengatasi krisis yang berlaku,” kata beliau lagi.

Pada masa sama Dr Mahathir mendedahkan telah sembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa pilhan raya umum (PRU) hanya sesuai diadakan sekiranya 80 peratus rakyat sudah divaksin.

Untuk rekod, Mageran menjadi badan pentadbir negara ketika darurat berikutan peristiwa 13 Mei 1969.

Advertisement

Mageran yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein diberi kuasa menjalankan urusan-urusan kerajaan bermula 16 Mei 1969 sehingga dibubarkan kemudiannya pada 1971 dengan pemulihan Parlimen.

Mahathir hari ini berpendapat cadangan penubuhan Mageran kali kedua ini memandangkan penubuhan badan pentadbir negara sama, 52 tahun lalu terbukti berjaya mengatasi masalah politik dan ekonomi ketika itu.

“Tun Razak jemput parti-parti lawan ketika itu, Pas, Gerakan, SUPP menyertai dan bekerja dengan kerajaan. Dengan itu, selesai masalah politik yang terdapat pada masa itu.

“Tun Razak juga buat cadangan DEB (Dasar Ekonomi Baru). Dengan dua cadangan ini maka Tun Razak dapat stabilkan negara dan terus memerintah dengan majoriti yang kuat.

“Penubuhan Mageran ini berjaya selesaikan masalah. Kali ini pun kita boleh lakukan kerana Pejuang umpamanya telah berbincang secara mendalam masalah dihadapi negara pada masa ini,” jelasnya lagi.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel