Connect with us

Terkini

Majlis Pengebumian Dan Tahlil Cetus Kluster Kopi Blues Di Tawau

Tindakan menghadiri majlis pengebumian dan tahlil pada 29 Mei lepas di Kampung Kopi Blues di Tawau, Sabah telah mencetuskan satu lagi kluster baharu iaitu Kluster Kopi Blues yang direkodkan di Sabah hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun berkata kes indeks merupakan seorang suri rumah dan anaknya dari Kampung Lorong Saddani, Batu 2 di Tawau yang disahkan positif Covid-19 pada Rabu lepas.

“Daripada 20 sampel yang telah diambil menerusi saringan kontak rapat dan kontak sosial, 10 sampel dikesan positif Covid-19 menjadikan jumlah kes kumulatif sebanyak 12 kes. Sementara itu, dua sampel didapati negatif manakala enam sampel masih menunggu keputusan.



“Siasatan awal mendapati semua kontak telah menghadiri perjumpaan di Kampung Kopi Blues, Batu 2, untuk majlis pengebumian dan tahlil,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.Masidi, yang juga jurucakap Covid-19 negeri, berkata aktiviti pengesanan kontak rapat dan mengenal pasti punca jangkitan sedang giat dijalankan.

Advertisement

Beliau juga berkata Sabah mencatatkan 309 kes baharu hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 65,330 kes dengan enam kematian.

Katanya daripada 309 jangkitan baharu itu, 143 kes adalah hasil saringan kontak rapat, 91 saringan kluster, 30 saringan bergejala, 26 saringan bersasar dan 19 daripada kes-kes lain.

– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel