Connect with us

Pilihan Editor

Polis Siasat Syarikat Guna Lori Angkut 135 Pekerja Yang Positif Covid-19

Polis mengenakan saman serta-merta terhadap seorang pemandu lori selepas didapati membawa sekumpulan pekerja asing yang didapati positif Covid-19 secara terbuka di sekitar bandar ini seperti tular di media sosial petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata sebaik menerima maklumat mengenai kejadian itu pada kira-kira lima petang, pihaknya segera bertindak dan berjaya mengesan serta menahan lori terbabit di Sungai Lalang, Bedong dekat Sungai Petani.

“Lori itu dalam perjalanan pulang dari PKD (Pejabat Kesihatan Daerah) Kuala Muda menuju ke asrama sebuah kilang pemprosesan ayam di Sungai Lalang.

“Hasil pemeriksaan, terdapat seramai 48 individu didapati positif Covid-19 berada di dalam lori tersebut dalam keadaan tangan memakai gelang kuarantin,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

Advertisement

Video berdurasi 19 saat serta beberapa gambar lori yang padat dengan pekerja bergelang merah jambu itu tular di Facebook dan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.

Adzli berkata sebelum video itu tular, kes positif Covid-19 telah dikesan di kilang pemprosesan ayam terbabit dan PKD Kuala Muda mengarahkan sejumlah 135 pekerja kilang yang positif hadir bagi tujuan siasatan serta memakai gelang kuarantin.

“Pihak majikan telah mengatur sebuah lori khusus untuk membawa kesemua 135 kes positif dengan tiga trip perjalanan ke PKD Kuala Muda… lori dinaiki 48 individu yang ditahan tadi ialah kumpulan dalam trip yang ketiga,” katanya.

Dia berkata pihaknya bertindak mengenakan saman terhadap pemandu lori berusia 51 tahun itu mengikut Seksyen 23(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menggunakan Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi tujuan lain.

Selain itu, pihaknya membuka kertas siasatan terhadap pengurus (majikan) kilang tersebut yang berumur 43 tahun mengikut Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana tidak mematuhi perintah yang dikeluarkan pegawai yang diberi kuasa.

Advertisement

“Majikan itu juga akan disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai atau jahat yang mungkin menyebabkan jangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa,” katanya.

-Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel