Connect with us

Jenayah

Pemandu Lori Maut Dipercayai Ditikam Rakan Ketika Mabuk

NIBONG TEBAL — Seorang pemandu lori maut selepas dipercayai ditikam oleh rakannya ketika mereka mabuk dalam kejadian di Rumah Pangsa Taman Desa Jawi di sini pada awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Superintenden Lee Chong Chern berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 4.05 pagi daripada seorang wanita yang memaklumkan jirannya dipukul suami.

“Sepasukan polis yang sampai ke rumah di tingkat dua itu mendapati seorang lelaki dikenali sebagai A.Harinnderaruban, 35, telah ditikam dan disahkan meninggal dunia pada 7.15 pagi hari ini ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Bakap,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan awal menunjukkan terdapat tujuh kesan tikaman pada badan mangsa dan polis turut menemukan sebilah pisau yang dipercayai digunakan oleh suspek, 27, yang juga pemilik rumah di mana insiden itu berlaku.

Advertisement

Lee berkata berdasarkan siasatan awal, kejadian berlaku pada 3.45 pagi apabila mangsa dan suspek minum arak di luar rumah sehingga mabuk sebelum mereka membuat bising di dalam rumah suspek.

“Isteri suspek ketika itu cuba menegur suaminya supaya tidak bising namun suspek yang berang telah bertindak memarahi dan memukul wanita itu. Dipercayai mangsa cuba meleraikan keadaan ketika suspek memukul isterinya sebelum suspek bertindak menikam belakang mangsa menggunakan pisau,” katanya.

Beliau berkata polis telah menahan suspek yang bekerja sebagai pengutip buah kelapa sawit dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel