Connect with us

Terkini

Buka Sebab Diminta Pelanggan, Pemilik Gym Dikompaun RM10,000

Lima lelaki termasuk pemilik gimnasium dikenakan kompaun kerana didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dengan melakukan aktiviti fizikal di dalam premis tersebut.

Memetik laporan NST, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara iaitu Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata pusat gimnasium itu didapati beroperasi pada hari Selasa sekitar jam 5.40 petang ketika anggota Task Force Balai Butterworth menjalankan penugasan Ops Pematuhan SOP PKP 3.0.

Susulan itu, pemilik gimnasium dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 dan empat pelanggan lelaki yang lain masing-masing dikenakan kompaun sebanyak RM2,000.

“Ketika pemeriksaan di gim tersebut, kita mendapati ia beroperasi dan terdapat lima lelaki berada di dalam premis berkenaan. Salah seorang merupakan pemilik gim, manakala empat lagi merupakan pelanggannya. Kesemua mereka yang berusia lingkungan 36 hingga 52 tahun itu didapati telah melanggar SOP dengan melakukan aktiviti yang dilarang ketika PKP 3.0. Oleh itu, kesemua mereka dikenakan kompaun.”

Advertisement

Pemilik premis yang baru menjalankan perniagaan gimnasium tersebut mengakui bersalah dan menjalankan operasi gim disebabkan permintaan pelanggannya.

“Ketika ditanya, dia mengaku membuka perniagaan itu mengikut kepada permintaan pelanggannya sepanjang pelaksanaan PKP 3.0 ini. Pemeriksaan juga mendapati seorang pelajar sekolah turut berada di premis tersebut, namun tiada kompaun dikeluarkan ke atasnya.”

“Disebabkan dia pelajar sekolah, kita hanya memberi amaran sahaja. Tindakan kompaun diambil mengikut Peraturan PU(A) 265, Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (NO.3) 2021.”

Sumber: NST

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel