Connect with us

Global

Ibu Dipercayai Maut Akibat ‘Overdose’ Manakala Bayi Usia 1 Tahun Mati Kebuluran Dalam Rumah

Lapar, takut dan dahaga. Mungkin itu yang dirasai oleh dua beradik berusia satu dan tiga tahun yang kematian ibu mereka di Tennessee, Amerika Syarikat sebelum salah seorang daripada mereka ditemui meninggal dunia.

Menurut Fox32Chicago, seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun ditemui mati di rumahnya bersama jasad si ibu yang dipercayai sudah meninggal dunia beberapa hari.

Bagaimanapun, kakak mangsa yang berusia tiga tahun ditemui masih hidup.

Dalam kejadian pada Februari lalu di rumah mereka, kanak-kanak lelaki itu telah diletakkan di dalam kerusi bayi (carseat) sebelum ditempatkan di atas lantai bilik, lapor portal berkenaan.

Advertisement

Hasil bedah siasat mendapati si ibu telah meninggal dunia beberapa hari sebelum ditemui seorang pegawai percubaan yang melawati rumah mereka.

Keputusan ujian mendapati wanita itu terlebih dos methamphetamine dan fentayl manakala si anak disahkan meninggal dunia akibat kebuluran serta dehidrasi.

Sementara itu, mangsa yang masih hidup telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Si kakak dipercayai cuba menjaga adiknya untuk beberapa hari,” tulis laporan susulan penemuan cebisan makanan di sekitar kerusi bayi itu.

Sumber: Fox32Chicago

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel