Connect with us

Sukan

[VIDEO] Ronaldo Alihkan Botol Coca Cola, Pogba Pula Alihkan Botol Heineken

Semalam tindakan bintang bola sepak Cristiano Ronaldo mengalihkan dua botol Coca Cola dari atas mejanya telah mencetuskan kontroversi.

Pemain bola Portugal itu bertindak mengangkat sebuah botol mineral dan berkata “aqua” yang bermaksud air dalam bahasa Portugis.

Kurang 24 jam selepas itu, pemain tengah Perancis, Paul Pogba turut melakukan aksi yang lebih kurang sama, tapi kali ini dengan botol Heineken.

Dalam sebuah sidang media selepas Perancis menewaskan German di Munich’s Allianz Stadium, Pogba dilihat mengalihkan botol Heineken yang berada di atas meja.

Advertisement

Pogba bertindak mencapai botol bir tersebut dan meletakkannya di bawah meja, menjauhi pandangan lensa kamera.

Heineken merupakan penaja rasmi bir untuk Euro 2020.

Sementara Pogba yang merupakan seorang Muslim tidak minum minuman beralkohol dan bertindak mengalihkan botol itu.

Sebelum sidang media tersebut berlansung, Perancis berjaya menewaskan German dengan satu gol berbalas kosong, hasil jaringan tunggal Mats Hummels di gol sendiri.

Advertisement

Sumber: 7newsskysportsnews.com

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel