Connect with us

Pilihan Editor

Agong Zahir Pandangan Sidang Parlimen Perlu Disegerakan

Istana Negara hari ini mengeluarkan kenyataan berdasarkan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan menzahirkan pandangan bahawa sidang di parlimen melibatkan ahli-ahli parti politik perlu diadakan secepat yang mungkin.

Menerusi kenyataan yang dikongsi Istana Negara, Baginda menzahirkan pandangan tersebut bagi membolehkan semua ahli politik membahaskan Ordinan-ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara, dimana ketika ini negara sedang berdepan dengan pandemik Covid-19 yang memberi kesan terhadap ekonomi rakyat serta negara.

Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa Kerajaan perlu bertindak tegas memudahkan birokrasi dan mempercepatkan proses vaksinasi kepada rakyat agar matlamat imuniti kelompok 80% dapat dicapai seawal mungkin.

Sementara itu, Baginda menzahirkan pandangan mengenai perlu adanya pentadbiran Kerajaan yang stabil dan kukuh bagi membendung penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan serta dapat memulihkan ekonomi negara secara efektif.

Advertisement

Seri Paduka Baginda amat menyedari tentang peranan Parlimen sebagai satu platform penting untuk wakil-wakil rakyat bersidang bagi membincangkan pelbagai isu khususnya berkaitan penularan Covid-19. Ahli-ahli Dewan Rakyat boleh berbincang berkenaan peruntukan perbelanjaan Kerajaan bagi membantu rakyat yang di dalam kesempitan dan bagi memulihkan semula ekonomi negara.

Dalam pada itu, Baginda turut menzahirkan ucapan terima kasih buat semua barisan hadapan negara (frontliners) yang telah berbakti buat Malaysia.

Memetik laporan FMT, dalam satu kenyataan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menyedari peranan penting Parlimen untuk membincangkan isu berkaitan Covid-19.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa perlu adanya pentadbiran Kerajaan yang stabil dan kukuh serta berupaya berfungsi dengan efektif dalam menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

“Seri Paduka Baginda amat menyedari tentang peranan Parlimen sebagai satu platform penting untuk wakil-wakil rakyat bersidang bagi membincangkan pelbagai isu khususnya berkaitan penularan wabak Covid-19.

Advertisement

“Ahli-ahli Dewan Rakyat boleh berbincang berkenaan peruntukan perbelanjaan kerajaan bagi membantu rakyat yang di dalam kesempitan dan bagi memulihkan semula ekonomi negara,” kata kenyataan itu.

Selain itu, katanya Sultan Abdullah turut menganggap kerajaan perlu bertindak tegas memudahkan birokrasi dan mempercepatkan proses vaksinasi kepada rakyat supaya imuniti kelompok 80% dapat dicapai seawal mungkin.

“Seri Paduka Baginda turut menzahirkan setinggi penghargaan kepada petugas barisan hadapan dan seluruh rakyat yang bertungkus lumus mengorbankan masa serta penat lelah dalam usaha-usaha memerangi penularan wabak Covid-19 di negara ini,” tambahnya.

Sumber: Istana Negara

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel