Connect with us

Hiburan

Netizen Teruja Lihat Gambar Susu Pisang Farm Fresh, Boss Susu Usik Kalau Minum Boleh ‘Lopa’ Jenama Lain

Umum sedia maklum mengenai Jenama Farm Fresh bukanlah satu nama yang asing lagi di dalam industri susu segar di Malaysia terutama selepas jenama tersebut menaja program realiti nyanyian, Gegar Vaganza untuk beberapa musim tidak lama dahulu.

Terbaru, Azmi Zainal (Ketua Pegawai Operasi) Farm Fresh atau lebih dikenali sebagai Boss Susu telah berkongsi sekeping gambar reka bentuk kotak susu pisang jenama Farm Fresh yang bakal diperkenalkan kepada pasaran tidak lama lagi.

Menurut beliau yang lebih mesra dipanggil Boss Susu, difahamkan produk berkenaan akan memasuki pasaran tidak lama lagi yang pastinya ditunggu-tunggu pelanggan.

Lebih menarik perhatian apabila beliau sempat bergurau seolah-olah memetik nama seorang usahawan dan selebriti popular yang juga pengasas produk susu pisang.

Advertisement

“Apa khabar (Annyeonghaseyo). Susu pisang sebenar sudah mari, lepas pekena sekotak terus pandai cakap Korea. Dan anda Lopa susu phishang yang lain.” usiknya menerusi kapsyen posting tersebut.

Meskipun tidak berkongsi lebih lanjut mengenai tarikh pelancaran, namun perkara itu tetap membuatkan warganet teruja dan tidak sabar bagi menikmati rasa pisang sebenar dalam produk minuman tersebut.

Malah, ada segelintir individu sempat mengusik kembali mengenai perkataan ‘lopa’ itu sekali gus menghiburkan hati orang ramai.

Sumber: Facebook Azmi Zainal

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel