Connect with us

Global

Obses Miliki Payudara Terbesar Di Dunia, Seorang Ibu Belanja RM1.8 Juta Jalani Pembedahan

LONDON – Seorang ibu di Britian membelanjakan wang £320,000 (RM1.8 juta) semata-mata untuk menjalani pembedahan membesarkan payudara buat kali ke-39 meskipun empat kali nyaris maut disebabkan implan tersebut, lapor akhbar Daily Star semalam.

Sheyla Hershey, 41, berkata, pembedahan itu melibatkan memasukkan air garam sebanyak 24,000 sentimeter padu ke dalam implannya bagi mendapatkan payudara bersaiz OOO.

“Sesetengah orang obses untuk bersenam di gimnasium. Sama seperti saya yang mempunyai obsesi untuk memiliki payudara terbesar di dunia,” katanya.

Sheyla mula menjalani pembedahan untuk membesarkan payudara kali pertama pada umur 20 tahun ketika tampil untuk rawatan menyedut lemak.

Advertisement

Dia bertekad untuk mengubah keadaan fizikalnya kerana sering menjadi bahan ketawa dan ejekan rakan-rakan sejak berumur 10 tahun kerana dikatakan mempunyai bentuk badan seorang lelaki.

“Kata mereka, badan saya tidak cantik, gemuk, tidak mempunyai payudara dan saya bukan seorang yang cantik. Itu semua amat menyakitkan hati.

“Disebabkan itu, saya bertekad untuk mengubah bentuk badan supaya kelihatan cantik agar tiada lagi orang yang boleh membuli dan mengatakan saya seorang yang hodoh,” kata Sheyla.

Disebabkan obsesinya, Sheyla pernah mengalami jangkitan kuman yang hampir meragut nyawanya selain turut mengalami kemurungan sebanyak dua kali.

Wanita itu turut mengakui pernah berasa tertekan setiap kali melihatkan saiz payudaranya di hadapan cermin yang menurutnya masih kelihatan kecil.

Advertisement

Bagaimanapun, kini dia yang mempunyai payudara bersaiz K bertekad untuk memecahkan Guinness World Records menerusi pembedahan terbaharunya itu. – AGENSI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel