Connect with us

Global

[VIDEO] Lelaki Luah Perasaan Di FB Apabila Gajah ‘Ketuk’ Dapur Rumah Setiap Hari Untuk Cari Makan

BANGKOK – Seorang lelaki di Thailand membuat luahan perasaan di laman Facebook apabila rumahnya di wilayah Hua Hin dikunjungi gajah liar mencari makan setiap hari, lapor akhbar The Nation, semalam.

Rachadawan Phungprasopporn, berkata kali terakhir kejadian itu berlaku, seekor gajah dewasa menyondol dinding dapurnya sehingga berlubang ketika sedang mencari makanan di kawasan sekitar.

Susulan aduan itu yang menjadi tular di media sosial, Jabatan Taman Negara, Hidupan Liar dan Pemeliharaan Tumbuhan dan agensi kerajaan lain di wilayah tersebut sedang mengadakan perbincangan mengenai pampasan pemilik rumah atas kerosakan yang berlaku.

“Sebagai permulaan, agensi kerajaan akan membaiki rumah mangsa secepat mungkin,” kata jabatan itu.

Advertisement

Jabatan itu menambah bahawa pegawai telah memberi kesedaran mengenai cara-cara mencegah bahaya dari serangan gajah liar di daerah tersebut. – Agensi

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel