Connect with us

Pilihan Editor

11 Lelaki Berarak Iringi Keranda Mayat Direman Empat hari

BUTTERWORTH: 11 lelaki direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menyertai berarak mengiringi sebuah keranda mayat di Jalan Siram, di sini beberapa hari lalu.

Kumpulan lelaki berusia 15 hingga 35 tahun itu yang dikenal pasti daripada satu rakaman video perarakan itu tersebar di media sosial.

Video itu menunjukkan beberapa lelaki mengusung sebuah keranda sambil diiringi sepasukan pancaragam dengan sebahagiannya menari, bermain gendang dan membawa sepanduk

Penolong pendaftar, Nigel Jirin membenarkan permohonan perintah reman oleh polis untuk menyiasat kumpulan lelaki itu menyertai pertubuhan tidak sah dan perhimpunan dianggap haram di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP), penyalahgunaan internet dan cuai dengan kemungkinan menyebarkan penyakit berbahaya.

Advertisement

Kesalahan itu disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan, termasuk peraturan PKP semasa.

Semalam Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Noorzainy Mohd Noor dilaporkan berkata, pengurus rumah mayat memberitahu polis, beliau sudah menasihatkan kumpulan itu tidak menurunkan keranda si mati dari kereta mayat tetapi mereka tetap berdegil mahu berarak mengiringi mayat ke tempat pembakaran.

Katanya, kumpulan terbabit dipercayai rakan si mati, iaitu lelaki berusia 23 tahun yang meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya akibat penyakit tibi pada 16 Jun lalu.

Terdahulu tular video berdurasi 56 saat yang memaparkan beberapa lelaki sedang mengiringi keranda mayat di Jalan Tiram ke sebuah pusat pembakaran tular dalam media sosial.

Susulan itu, seramai 11 individu ditahan dalam operasi yang diadakan sekitar Butterworth dan Mak Mandin, selepas usaha mengesan kumpulan terbabit dilancarkan.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel