Connect with us

Jenayah

Tular Video Bayi Diberi Minum Arak, Bapa Ditahan Polis

Tular video seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab apabila dia bertindak memberikan seorang bayi minum minuman dipercayai arak sehingga menimbulkan kemarahan netizen.

Video berdurasi 30 saat tersebut tular di media sosial hari ini.

Menurut laporan Kosmo, video yang tular itu memaparkan seorang lelaki dalam lingkungan 30-an sedang memangku seorang bayi sambil menyuapkan minuman berkenaan yang dipercayai tertera label jenama minuman keras itu ke dalam mulut bayi tersebut.

Turut kedengaran dalam video tersebut suara wanita yang bertutur dalam bahasa tamil dan insiden itu didakwa berlaku di sebuah flat di Teluk Bahang, Balik Pulau, namun masih tidak dapat disahkan kesahihannya.

Advertisement

Marah akan perilaku individu tersebut, Ketua Pergerakan Anti Arak Murah Malaysia, David Marshel berkata, pihaknya bertindak membuat satu laporan polis di Perai hari ini selepas melihat video yang tular itu.

“Laporan dibuat agar pihak polis membuat siasatan terhadap pelaku dan mengambil tindakan yang sewajarnya di bawah peruntukan undang-undang.”

Tambahya lagi, beliau mengutuk sekeras-kerasnya tindakan individu tidak bertanggungjawab itu dan mengesa agar bayi tersebut dijauhkan dari lelaki terbabit.”Perbuatan terkutuk ini harus dihentikan dan bayi tersebut juga perlu dijauhkan daripada lelaki yang tidak bertanggungjawab itu.”

Marshel berkata, pihaknya juga turut mengesa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengambil tindakan segera bagi melakukan pemeriksaan kepada bayi tersebut termasuklah membuat ujian darah untuk memastikan dia tidak terdedah dengan kandungan alkohol.

Menurut laporan terkini seorang bapa telah ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan berhubung satu video tular mengenai seorang bayi yang diberi minuman dalam tin dipercayai minuman keras.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, suspek berusia 19 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Teluk Bahang di sini kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

“Siasatan mendapati suspek yang merupakan bapa bayi berkenaan mempunyai 14 rekod lampau dan merupakan orang pengawasan polis (OPP) di kawasan Teluk Bahang.

“Bayi tersebut telah dihantar ke hospital bagi pemeriksaan lanjut walaupun dia kelihatan dalam keadaan sihat,” katanya kepada pemberita hari ini.

Jelas beliau, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sumber: Kosmo!

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel